Video Panduan Peperiksaan Atas Talian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Video Panduan Peperiksaan Atas Talian SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (selepas ini dirujuk sebagai SPA) sebenarnya prihatin dengan semua calon yang bakal menduduki peperiksaan atas talian. Atas dasar keprihatinan itu SPA telah mengeluarkan satu panduan menduduki peperiksaan atas talian SPA dalam format video yang boleh ditonton di laman youtube. Video ini penting bagi calon yang belum pernah menghadapi peperiksaan atas talian kerana ia memberi panduan bagaimana untuk menjawab peperiksaan atas talian. 

Pada masa yang sama SPA juga sentiasa menganjurkan kursus tips dan panduan memasuki perkhidmatan awam secara berkala. Sekiranya belum pernah menghadiri kursus ini ada baiknya jika calon dapat meluangkan masa untuk menghadiri kursus tersebut dan  jadual kursus boleh disemak di laman web rasmi http://www.spa.gov.my/Portal/KursusTipsdanPanduanUtama/KursusTipsdanPanduanNov.

 

Jadual Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Bagi Bulan November 2014

 

 

Manala tahu ada tips rahsia daripada SPA itu sendiri ketika menghadiri kursus tersebut. Cuma pastikan yang perhatian dan tumpuan diberikan seratus peratus ketika menghadiri kursus tersebut.

P.s : Siapa nak tips peperiksaan atas talian SPA. Angkat tangan…

.

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge