Tips peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Tips dan panduan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Tarikh peperiksaan atas talian bagi calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 hanya tinggal beberapa hari sahaja. Sudah pasti ada yang sudah pun bersedia sepenuhnya dan ada juga yang baru sahaja mencari bahan-bahan rujukan bagi menghadapi peperiksaan ‘Online’ tersebut. Sekiranya belum bersedia dan sedang mencari nota poket boleh dapatkan secara percuma Review Copy Rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik.Rujukan PTD 2014

Tetapi sebelum itu sudahkah saudara menonton Video Panduan Peperiksaan Atas Talian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Sekiranya ini kali pertama saudara bakal menghadapi peperiksaan atas talian, ada baiknya saudara menonton video panduan tersebut. Ini kerana peperiksaan atas talian berbeza dengan peperiksaan bertulis.

Di bawah ini telah saya senaraikan beberapa perkara yang perlu calon peperiksaan ambil peduli.

Komputer dan talian internet yang aktif
Peperiksaan ini merupakan peperiksaan atas talian yang mana calon peperiksaan dikehendaki menjawab soalan menerusi atas talian. Oleh itu calon perlu memastikan bahawa pada tarikh peperiksaan berlangsung dua perkara ini sudah disediakan.

Komputer (PC) @ Komputer riba (Laptop)
Talian internet yang aktif

Sekiranya menggunakan komputer (PC) pastikan ada blackout buster. Ini bagi mengelakkan situasi bekalan elektrik terputus.
Sekiranya menggunakan talian internet prabayar, sila pastikan kuota jalur lebar masih mencukupi.

Aliran Proses Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Pada asasnya aliran proses untuk lantikan jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 terbahagi kepada 3 proses iaitu :

Peperiksaan PTD M41
Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini.

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan online tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif terbahagi kepada 3 bahagian seperti berikut:

Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan alam sekeliling. (40 Minit)
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah. (45 Minit)
Seksyen C – Ujian Psikometrik (15 Minit)

Temuduga Oleh Panel Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Tapisan kedua yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai Kadet PTD adalah temuduga yang dijalankan oleh pihak SPA. Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD.

Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Sekiranya calon berjaya melepasi kedua-dua tapisan di atas maka peluang untuk dilantik ke jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik semakin cerah. Namun ia bergantung dengan prestasi calon sepanjang menjalani kursus sebagai kadet Pegawai Tadbir Diplomatik selama 1 tahun.

 

Pratonton Contoh Soalan Seksyen A – Pengetahuan AM

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan pengetahuan am anda terhadap perkara yang berlaku di dalam Malaysia dan luar negara.Oleh itu calon digalakkan untuk mendapatkan maklumat tersebut menerusi carian di internet.

 

Contoh-Soalan-Exam-PTD-1

 

Pratonton Contoh Soalan Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik,  interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui  pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Contoh-Soalan-Exam-PTD-2

 

Pratonton Contoh Soalan Seksyen C – Ujian Psikometrik

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan  Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan. Tetapi untuk 1 NOVEMBER ini kemungkinan ianya melibatkan variasi yang pelbagai dan berbeza.

 

Contoh-Soalan-Exam-PTD-3
NOTA RINGKAS DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

Rujukan PTD 2014

Nota ringkas dan contoh soalan peperiksaan atas talian Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Calon-calon yang masih tercari-cari nota ringkas dan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik boleh mendapatkannya secara percuma dengan klik GAMBAR di atas atau PAUTAN di bawah. Tidak perlu bayar apa-apa kecuali jika calon ingin dapatkan versi penuh yang akan dikeluarkan sedikit masa sahaja.

PERCUMA NOTA RINGKAS PEPERIKSAAN ATAS TALIAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda yang lain semoga semuanya beroleh manfaat.

.
P.s : Kepada yang sudah bergelar kakitangan kerajaan dan berstatus tetap, bersyukurlah. Persaingan sangat sengit untuk mendapatkan kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge