Tips peperiksaan atas talian Penguasa Kastam W41

Tips dan panduan peperiksaan Penguasa Kastam W41

Ramai yang bertanya, soalan apa yang bakal keluar untuk peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41. Sehinggakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kena buat taklimat bagi menenangkan para calon yang bakal mengambil peperiksaan atas talian tersebut. Hari ni di AKMAL MELAKA sahaja terdapat lebih 600 orang calon yang hadir ke taklimat khas mengenai peperiksaan atas talian bagi jawatan Penguasa Kastam W41. Taklimat tersebut diadakan diseluruh negara.

TAKLIMAT PENGUASA KASTAM OLEH SPA

TAKLIMAT PENGUASA KASTAM OLEH SPA

Kekosongan jawatan Penguasa Kastam W41 adalah terhad
Persaingan untuk mendapat tawaran jawatan ini sangat sengit. Andaian saya ialah terdapat puluhan ribu yang memohon jawatan sebagai Penguasa Kastam gred W41 ini. Ramalan saya adalah lebih daripada tujuh per sepuluh calon Penguasa Kastam mungkin akan ditapis melalui peperiksaan atas talian ini. Selebihnya akan ditapis dalam proses tapisan kedua dan ketiga.

Sudah banyak calon yang tewas dan gagal di peringkat tapisan pertama ini walaupun PNGK calon sangat bombastik kerana tidak cukup persediaan. Apa perancangan anda. Bagaimana untuk melepasi saringan pertama ini. Jika belum ada perancangan mungkin calon boleh dapatkan Nota Poket Penguasa Kastam.

Tahap kesukaran peperiksaan atas talian SPA
Pada dasarnya ia tidaklah sukar jika cukup persiapan dan persediaan. Setiap perkara hanya menjadi sukar jika tiada persediaan. Kalau rasa tidak yakin dengan persediaan yang ada boleh cuba baca nota unggul Penguasa Kastam. Ia memuatkan nota-nota penting yang patut diketahui oleh setiap anggota Kastam.

Silibus Peperiksaan Atas Talian Penguasa Kastam W41

Peperiksaan atas talian penguasa kastam ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

Pengetahuan Am
Secara ringkasnya bahagian ini menguji kefahaman calon mengenai cukai bentuk baharu yang bakal dilaksanakan pada tahun 2015 iaitu GST, dasar kerajaan, tugas penguasa kastam, bidang kastam dan akta-akta kastam yang berkaitan.

Penyelesaian Masalah
Bahagian ini akan mengukur daya penyelesaian masalah calon menerusi ujian IQ dan konsep matematik.

Penaksiran Personaliti
Bahagian yang menguji kesesuaian personaliti calon dengan jawatan yang dipohon. Soalan ini senang dan cuma perlu berlaku jujur.

Tatacara Menduduki Peperiksaan Atas Talian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Calon yang pertama kali dipanggil ke peperiksaan atas talian SPA ini perlu muat turun panduan tatacara menduduki peperiksaan atas talian SPA ini. Panduan tersebut akan menjawab persoalan calon mengenai lokasi di mana perlu mengambil peperiksaan atas talian tersebut. Selain itu ia boleh membantu calon menjawab dengan lebih tenang kerana sudah tahu bagaimana proses peperiksaan tersebut berjalan.

Panduan Peperiksaan Atas Talian Penguasa Kastam W41

Tonton video panduan menduduki peperiksaan atas talian yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang saya kepilkan di bawah ini.

 

NOTA RINGKAS DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

Calon-calon yang masih tercari-cari nota ringkas dan contoh soalan peperiksaan penguasa kastam W41 boleh mendapatkannya secara percuma dengan mendaftar emel di bawah. Tidak perlu bayar apa-apa kecuali jika calon ingin dapatkan versi penuh yang akan dikeluarkan sedikit masa sahaja.

Nota ringkas dan contoh soalan peperiksaan atas talian Penguasa Kastam SPA

PERCUMA NOTA RINGKAS  PEPERIKSAAN ATAS TALIAN PENGUASA KASTAM 

Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda yang lain semoga semuanya beroleh manfaat.

P.s : Kepada yang sudah bergelar kakitangan kerajaan dan berstatus tetap, bersyukurlah. Persaingan sangat sengit untuk mendapatkan kerja.

2 Comments
  1. November 16, 2015
  2. January 18, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge