Tips Kewangan – Kenapa perlu ambil insurans seawal mungkin

Pengurusan wang adalah penting bagi menjamin masa depan yang lebih terjamin, baik bagi seorang individu mahupun organisasi. Oleh itu adalah penting untuk merancang kewangan kita semasa kita masih muda dan sihat. Namun kita sering lupa yang kita hanya merancang Tuhan menentukan. Kita hidup di dunia ini tidak selamanya akan sihat. Adakalanya kita akan mendapat penyakit.Ini kerana sewaktu kita sakit, sudah pasti banyak wang yang akan digunakan bagi membayar kos perubatan kita itu.

Mungkin disebabkan oleh faktor kesihatan yang masih baik menyebabkan kita masih berada didalam situasi “comfort zone” dimana kita tidak merasakan keperluan insuran. Bila tiada keperluan maka tiadalah kepentingan. Bila tidak penting kita akan terus bertangguh-tangguh dalam melaksanakannya. Cuba ingat jika rakan-rakan anda pernah berkata “kan bagus kalau ada insurans. Nda juga susah-susah mahu cari duit untuk bayar kos perubatan”. Jika ditanya pada rakan-rakan anda yang mengalami musibah sudah pasti mereka akan mengatakan alangkah baiknya jika mereka mempunyai perlindungan insurans.

Disini saya ingin menyatakan mengapa insurans lebih baik diambil seawal mungkin.

Peningkatan harga premium 15% setiap tahun
Setiap tahun harga premium insuran akan meningkat sebanyak 15% setiap tahun. Ini menyebabkan sekiranya kita mengambil polisi dengan manfaat yang sama pada tahun hadapan, harganya adalah 15% lebih mahal berbanding sekiranya kita ambil tahun ini.

Berikut keratan artikel berkaitan kenaikan harga premium di Malaysia dan luar negara.

Tuntutan biayai kos perubatan meningkat setiap tahun
KUALA LUMPUR: Syarikat insurans di negara ini membayar lebih RM1 bilion setahun kepada pemegang polisi bagi membiayai kos rawatan perubatan mereka yang meningkat setiap tahun. Statistik Bank Negara dalam Jadual Petunjuk Utama Insurans menunjukkan jumlah tuntutan insurans hayat dibayar untuk perbelanjaan perubatan mencatat peningkatan sejak empat tahun lalu daripada RM877.6 juta pada 2006 kepada RM1.05 bilion (2007), RM1.27 bilion (2008) dan RM1.45 bilion (2009).
Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat. Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat. Katanya, kerajaan menyedari peningkatan kos perubatan terutama ubat yang meningkat sekitar 12 peratus tahun lalu sekali gus menyebabkan caj perubatan di hospital termasuk hospital swasta meningkat. Namun, katanya, itu tidak bermakna operator pusat perubatan swasta boleh mengambil kesempatan atas kenaikan itu dengan mengenakan caj terlalu tinggi untuk mengaut keuntungan singkat sehingga membebankan rakyat. “Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican supaya berbincang dengan semua pemilik hospital swasta di negara ini berhubung kos perubatan supaya kenaikan itu rasional,” katanya.
Sementara itu, sumber industri berkata, tuntutan insurans bagi menanggung kos rawatan dan perubatan diramal terus meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk dan perubahan gaya hidup masyarakat. “Peratusan peningkatan tahunan bukan kecil, tetapi meningkat dengan mendadak,” katanya. Katanya, orang ramai mengambil polisi insurans kerana mahu mendapatkan perlindungan kewangan ketika ditimpa musibah seperti sakit atau kemalangan. Isnin lalu, Berita Harian melaporkan sehingga Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman bank atau kad kredit berlaku berikutan pembiayaan kos rawatan tinggi di hospital swasta yang mendorong individu berhutang di luar kemampuan.
Sebelum ini, banyak pihak termasuk seorang doktor dengan 25 tahun pengalaman, tampil mengadu caj dikenakan pusat perubatan swasta adalah terlalu mahal dan mahu pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya mengatasi masalah itu. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr David KL Quek ketika dihubungi berkata, hanya bayaran kepada doktor berkhidmat di hospital swasta dikawal kerajaan menerusi Akta Perubatan namun caj lain tidak dikawal dan bergantung kepada institusi perubatan swasta terbabit. Katanya, ini menyebabkan caj rawatan, perubatan, makmal dan perkhidmatan lain berbeza antara sesebuah pusat perubatan swasta selain bergantung kepada faktor seperti lokasinya.

Semakin berumur, risiko penyakit semakin meningkat, perlindungan semakin berkurangan

Critical Illness Probability

Critical Illness Probability

Faktor umur memberi kesan besar terhadap bayaran premium polisi kita. Semakin awal umur kita mengambil polisi, semakin cerah peluang kita untuk mendapatkan premium polisi dengan perlindungan manfaat yang bagus dengan harga yang murah.
Sebagai contoh, jika kita mengambil polisi ketika berumur awal 20-an kita masih berpeluang untuk mengambil polisi dengan harga yang murah dengan manfaat yang lebih banyak, tetapi jika kita baru nak mengambil polisi pada umur 30-an, kita mungkin tidak dapat manfaat yang sama seperti pada umur 20-an tadi dengan harga yang sama.
Ini kerana, semakin berumur seseorang, semakin meningkat risiko untuk mendapat masalah kesihatan. Semakin meningkat risiko, maka semakin tinggi peluang kita untuk mendapatkan rawatan dengan kerap. Sudah tentu syarikat insuran tdak mahu menanggung orang yang sudah pastinya sakit bukan? Tetapi rasa2 ada kemungkinan kita sakit tak nanti? Tunggu apa lagi?

Setelah disahkan mendapat penyakit
Sekiranya sudah mendapat penyakit dan bergantung kepada penyakit adakalanya insurans tidak akan melindungi penyakit kita itu. Pada ketika itu, permohonan kita untuk mendapatkan perlindungan insurans pun tidak bermakna sudah. Sekalipun permohonan kita diterima, penyakit yang sudah disahkan dihidapi tidak akan dilindungi selain daripada premium yang dikenakan lebih tinggi. Malah terdapat kes yang mana syarikat takaful / insurans menolak permohonan kita untuk mendapatkan perlindungan insurans atau takaful kerana risiko anda sudah semakin tinggi. Sebab itu, masa yang terbaik untuk mendapatkan perlindungan insurans adalah semasa kita masih sihat dan muda.
[ideabox]
Pada pendapat saya, sekiranya dikalangan keluarga atau saudara kita yang mempunyai sejarah menghidapi 36 penyakit kritikal adalah lebih baik jika bersedia lebih awal dengan mengambil takaful atau insurans.Ini kerana sekiranya kita telah disahkan menghidap sebarang penyakit kritikal tersebut, beban kewangan kita untuk merawat penyakit tersebut dapat dikurangkan sedikit oleh syarikat insurans atau takaful.
Sekiranya tiada perlindungan insurans atau takaful, beban kewangan tersebut akan ditanggung oleh diri kita sendiri dan ahli keluarga kita. Dan sudah pasti wang simpanan kita akan semakin berkurangan kerana dikeluarkan bagi membayar kos perubatan. Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila majikan memberhentikan kita berkerja. Saya yakin anda seorang yang pentingkan keluarga dan sudah pasti tidak mahu keluarga anda hidup dalam kerisauan. Oleh itu dapatkan perlindungan insurans atau takaful dengan segera.[/ideabox]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge