Tidak mudah untuk lulus peperiksaan PTD

Bukan senang untuk lulus peperiksaan PTD jika tidak bersediaRujukan PTD 2014

Tarikh 1 November  2014 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh calon Pegawai Tadbir dan Diplomatik (selepas ini dirujuk sebagai PTD) kerana pada tarikh tersebut semua calon PTD harus menjalani peperiksaan atas talian.

Peperiksaan ini merupakan satu cara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk menapis calon yang memohon jawatan sebagai PTD kerana jawatan PTD ini merupakan satu jawatan yang perlu diisi oleh calon yang berkemampuan dari segi intelektual dan kepimpinan. Ini kerana deskripsi tugas seorang PTD ialah terlibat secara langsung dalam merancang, menggubal dan nmelaksanakan dasar-dasar awam negara. Oleh sebab itu, proses tapisan bagi jawatan PTD ini lebih mencabar dan memerlukan persiapan dan persediaan yang lebih berbanding jawatan lain.

Hanya calon yang berjaya melepasi peperiksaan ini sahaja yang akan dipanggil ke temuduga bagi menilai personaliti diri calon. 

Persaingan adalah sengit

Apa yang saya maksudkan dengan sengit adalah bilangan calon yang melebihi 60,000 orang berbanding dengan jumlah bilangan kekosongan.

Di bawah ini telah disenaraikan beberapa punca yang boleh menyebabkan calon gagal untuk mendapat tawaran jawatan.

IPTA/IPTS di Malaysia melebihi dari 50 buah
Malaysia mempunyai lebih daripada 50 buah institusi pengajian tinggi yang mana 20 buah adalah institut pengajian tinggi awam dan 37 lagi adalah institusi pengajian tinggi swasta. Ini tidak termasuk 20 buah kolej universiti swasta, 7 buah kampus cawangan universiti luar negara dan 417 buah kolej swasta yang aktif menawarkan program dalam pelbagai bidang.

Dalam sesi 2014/2015 baru-baru ini, terdapat lebih kurang 35,000 orang telah ditawarkan tempat ke IPTA. Ini bermakna setiap tahun lebih daripada 30,000 orang bakal bergelar graduan dan belum termasuk graduan IPTS. Jika kesemua graduan ini memohon jawatan kerajaan, maka ia boleh diibaratkan sebagai mencari jarum dalam jerami padi. Oleh sebab itu, persediaan adalah penting bagi menjarakkan diri anda dengan calon-calon lain.

Seksyen C menilai kesesuaian calon dengan jawatan
Seksyen ini merupakan ujian psikometrik untuk memahami personaliti diri calon. Soalan-soalan dalam seksyen ini merupakan soalan-soalan yang direka khusus untuk menilai samada calon mempunyai kriteria yang sesuai dengan jawatan tertentu.Oleh itu setiap calon harus berhati-hati ketika menjawab ujian psikometrik. Menerusi ujian ini, sifat diri boleh ditafsirkan sebagai contoh suka bersosial, boleh memimpin dan sebagainya.

Kuasa internet menyebarkan maklumat yang pantas
Sejak internet digunakan secara meluas maklumat berkenaan jawatan kosong kerajaan semakin mudah diperolehi. Samada mahu atau tidak setiap hari kita akan menerima maklumat-maklumat tidak kira samada maklumat berkaitan kerja kerajaan, gosip dan sebagainya menerusi media seperti whatsapp, telegram, twitter, facebook dan seterusnya. Penyebaran maklumat yang pantas ini menyebabkan ramai calon yang memohon jawatan kosong.

Permohonan dibuka sepanjang tahun
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kini telah membuka permohonan jawatan sepanjang tahun. Oleh sebab itu masa tidak lagi menjadi faktor penentu kepada persaingan mendapat jawatan. Jika dahulu terdapat tarikh tutup permohonan dan menyebabkan banyak bakal calon yang gagal menghantar permohonan disebabkan terlewat mendapat maklumat berhubung kekosongan jawatan.

Tapisan kedua menerusi temuduga
Proses tapisan kedua ini merupakan penilaian secara bersemuka. Disini panel penemuduga akan melihat dari segi personaliti, keyakinan menyuarakan pendapat, gaya bahasa dan sebagainya lagi. Jika calon gagal menguasai teknik asas temuduga dengan SPA , ia bakal mengurangkan peratus kejayaan calon berjaya dalam temuduga. Kalau tidak pasti apa teknik asas temuduga dengan SPA boleh baca Teknik Asas Temuduga dengan SPA.

MUAT TURUN PERCUMA REVIEW COPY

Arrow here

Rujukan PTD 2014

KLIK Gambar untuk muat turun percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge