Tempoh pinjaman kenderaan 7 tahun dan deposit 20% disahkan palsu

Logo Bank Negara Malaysia

Beberapa hari ini heboh dikongsikan di dalam media sosial bahawa tempoh pinjaman kenderaan akan dikurangkan kepada 7 tahun dan 20% deposit. Perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna internet.Ada yang bersetuju , ada yang tidak setuju dan pelbagai respon.


Berita palsu tempoh pinjaman kenderaan dikurangkan kepada 7 tahun

Status Berita adalah PALSU: Hutang Kenderaan akan diturunkan ke 7 tahun dan 20% deposit.

Berita palsu  itu telah disebarkan melalui media sosial dan SMS/Chat. Pihak Bank Negara Malaysia telah mengesahkan bahawa ia adalah PALSU.

———————————————

Jawapan Mengenai Khabar Angin Berkaitan Tempoh Pembayaran Balik Pinjaman Kenderaan dan Peratus Bayaran Pendahuluan

Mengikut Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, tempoh pembayaran balik pembiayaan kenderaan haruslah tidak melebihi sembilan tahun.

Penilaian keupayaan membayar balik adalah berdasarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab tersebut yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, di mana institusi kewangan akan menilai keupayaan pelanggan mereka untuk membuat pembayaran balik sepenuhnya dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Harap maklum.

 

 

One Response
  1. August 23, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge