Teknik asas lulus temuduga kerja SPA

Panduan asas lulus temuduga kerja Suruhanjaya Perkhidmatan AwamTeknik asas lulus temuduga SPA

Ramai daripada kita ingin bergelar penjawat awam kerana faedah-faedah yang sangat menarik akan diperolehi jika bergelar kakitangan awam. Ini membuatkan saban tahun puluhan ribu calon teruja untuk memohon mengisi kekosongan jawatan. Sebagai contoh jumlah calon yang berjaya dipanggil ke Peperiksaan atas talian Penguasa Kastam menghampiri 25 ribu. Namun bukan senang untuk bergelar penjawat awam kerana perlu melalui sekurangnya 3 proses iaitu permohonan, ujian peperiksaan dan akhir sekali ialah proses temuduga. Pasti ramai yang berpeluh dan tidak dapat tidur lena apabila bakal menghadapi proses temuduga SPA tersebut. Peluang calon pada ketika ini adalah 50 – 50. Jika gagal menunjukkan prestasi yang baik semasa temuduga sudah pasti kegagalan bakal menemui calon.Peratus kegagalan lebih tinggi bagi calon yang langsung tidak bersedia dan tidak mempunyai teknik lulus temuduga kerja SPA.

Disini saya kongsikan panduan asas untuk lulus temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang wajib diketahui setiap calon. Teknik asas lulus temuduga kerja SPA ini sekurangnya dapat membantu anda dari segi teknikal. Biasakan diri untuk melakukan beberapa panduan lulus temuduga SPA di bawah.

 Bersedia untuk temuduga

Fikirkan soalan-soalan yang mungkin akan disoal. Kebiasaannya berkaitan dengan kerjaya yang dipohon. Buat carian menerusi enjin carian google atau bertanya pada rakan yang pernah menghadiri temuduga SPA.

Datang lebih awal ke tempat temuduga. Sekurangnya jika berlaku masalah seperti kereta rosak boleh cari alternatif lain untuk ke tempat temuduga.

Apabila tiba giliran, ketuk dan masuk secara tertib dan seterusnya memberi salam kepada panel penemuduga. Tunggu sehingga panel penemuduga SPA menjemput calon duduk. Duduk dengan tertib dan jangan gerakkan langsung kerusi tersebut ke hadapan atau ke belakang.

Pakaian

Bagi calon lelaki pakai seluar slack berwarna hitam sahaja dan kemeja berlengan panjang. Bagi calon wanita pula elakkan sama sekali memakai aksesori seperti anting-anting yang besar, gelang emas yang besar, gelang kaki dan sebagainya. Dari segi warna pakaian , seeloknya pakai pakaian berwarna lembut dan tidak menyakitkan mata panel penemuduga. Calon bukan datang untuk pertunjukan fesyen jadi elakkan sama sekali menggunakan warna yang terang benderang.

Mesra

Tunjukkan kemesraan tetapi jangan melampau-lampau sehingga membuatkan panel penemuduga rasa meluat. Elakkan mengada-ngada dengan suara manja. Temuduga SPA bukan untuk mencari pelakon layar.

Hubungan Mata

Kekalkan hubungan mata dengan panel penemuduga. Elakkan mata meliar melihat seluruh bilik. Hubungan mata adalah penting bagi menunjukkan bahawa calon adalah seorang yang fokus.

Posisi Duduk

Elakkan duduk dengan menyandar pada kerusi. Calon datang ke temuduga bukan untuk duduk secara relaks. Duduk dalam keadaan tegak tetapi condongkan sedikit ke arah depan bagi menunjukkan calon minat terhadap temuduga tersebut. Kedua-dua tangan perlu diletakkan di paha sahaja.

1 Soalan

Di akhir sesi temuduga, calon akan diberikan satu peluang untuk menanyakan satu soalan. Gunakan peluang tersebut dan tanya soalan yang dapat menyakinkan bahawa anda betul-betul minat dengan kerja tersebut. Sekiranya tak tahu soalan apa nak ditanya boleh guna soalan ini.

“Boleh terangkan dengan lebih lanjut apa langkah yang perlu saya lakukan sekiranya saya di
beri peluang mendapat kerja ini”.

Akhir sekali bersalamlah dengan ahli panel yang sama jantina.

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih terperinci boleh baca Panduan Lulus Temuduga Kerajaan.

Daftarkan emel anda untuk mendapatkan panduan dan tips-tips menghadapi temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam daripada saya secara percuma.

Teknik asas lulus temuduga SPA

Daftar Emel Anda

2 Comments
  1. September 1, 2014
  2. October 13, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge