Tawaran kursus kemahiran perisian ICT percuma di Kota Kinabalu

Pendaftaran kursus percuma ICT software oleh AMC Kolej kini dibuka

Tawaran kursus ICT percuma di kolej AMC kini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu. Syarat untuk memohon kursus ini adalah merupakan warganegara Malaysia dan berumur 10 tahun ke atas. Tiada had umur yang ditetapkan yang mana peserta paling tua pernah mengikuti kursus percuma ini ialah 65 tahun (kalau tidak silap).

Jadi jangan lepaskan peluang ini kerana kursus percuma ini hanya untuk tempoh terhad sahaja. Sekiranya semua kelas telah penuh, peluang hanya akan datang semula pada tahun hadapan.

Berapa kos atau yuran kursus?

Seperti yang dinyatakan di atas yuran kos kursus kemahiran ICT Software semuanya adalah percuma kerana kos yuran dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat. Oleh itu jangan sia-siakan peluang mengikuti kursus percuma ini. Tiada sebarang caj tersembunyi.

Tempat dan lokasi kursus?

Lokasi kursus diadakan adalah di tingkat 1 di bangunan Likas Square. Pejabat resepsinya sangat mudah dicari dan boleh dilihat dari jauh. Kursus akan diadakan di dalam bilik-bilik komputer yang berhawa dingin dan selesa.

Tempoh masa kursus?

Kursus kemahiran ICT yang dianjurkan oleh Kolej AMC ini akan diadakan selama 7 jam.
Kursus tersebut boleh diambil samada waktu malam atau siang.
Untuk kursus yang dijalankan pada waktu malam, peserta perlu menghadiri kelas selama 2 malam.
Manakala kursus yang dijalankan pada waktu siang, peserta hanya perlu menghadiri kursus sehari sahaja.

Isnin hingga Sabtu
6.00 pm – 9.45 pm (Waktu malam)
Isnin & Selasa / Rabu & Khamis / Jumaat & Sabtu

Sabtu dan Ahad
8.00 am – 5.00 pm (Waktu siang)

Syarat kemasukan

Syarat kemasukan untuk menyertai kursus kemahiran ICT ini adalah warganegara Malaysia dan berumur 10 tahun ke atas. Jangan malu dan jangan segan kerana pengajar ICT berpengalaman dan sangat mesra dengan peserta kursus.

Kelebihan menyertai kursus ICT ini

Kursus kemahiran ICT percuma Kota Kinabalu Peserta kursus akan disediakan makan dan minum.
Manual latihan akan diberikan kepada peserta untuk rujukan.
Di akhir kursus, peserta akan diberikan sijil kehadiran oleh Kementerian Pembangunan Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat.

Pelbagai kemahiran ICT boleh dipelajari menerusi kursus yang dianjurkan di Kolej AMC ini dan seterusnya dapat membantu meningkatkan kemahiran individu.

Kemahiran ini boleh menjadi nilai tambah kepada peserta kursus sekiranya ingin memohon kerja.

 

 

 

P/s : Kursus percuma ini memang bagus. Selain dapat menambah kemahiran boleh jumpa awek cantik juga. =)

 

Di bawah ini adalah senarai kursus kemahiran ICT yang ditawarkan di kolej AMC. Pada saya kursus blogging tu sangat bagus sebab peserta berpeluang untuk menjana duit melalui penulisan dalam blog.

1 MOBILE PLATFORM WITH SOCIAL NETWORK APPS
2 ADOBE FIREWORK – LEVEL 1
3 ANDROID
4 AUDIO & VIDEO EDITING
5 AUTO COUNT
6 AUTOCAD – LEVEL 1
7 AUTOCAD – LEVEL 2
8 BASIC ANIMATION (ADOBE FLASH) – LEVEL 1
9 BASIC ANIMATION (ADOBE FLASH) – LEVEL 2
10 BASIC COMPUTER STUDIES & INTERNET APPLICATIONS
11 BASIC NETWORKING
12 BLOGGING SKILLS
13 CHAT APPS
14 CHINESE WORD PROCESSING (WINDOWS)
15 COMPUTER AIDED PHOTOGRAPHY
16 COMPUTER TIPS AND TRICKS
17 COMPUTERISED ACCOUNTING (MYOB) – LEVEL 1
18 COMPUTERISED ACCOUNTING (MYOB) – LEVEL 2
19 COMPUTERISED ACCOUNTING (UBS ACCOUNTING) – LEVEL 1
20 COMPUTERISED ACCOUNTING (UBS ACCOUNTING) – LEVEL 2
21 DATABASE (MS ACCESS) – LEVEL 1
22 DATABASE (MS ACCESS) – LEVEL 2
23 E-JOB HUNTING
24 E-OFFICE AND E-FILING LEVEL 1
25 FACEBOOK & OTHER SOCIAL NETWORKING
26 GOOGLE APPLICATIONS
27 GRAPHIC DESIGN ( ADOBE INDESIGN) – LEVEL 1
28 GRAPHIC DESIGN ( ADOBE INDESIGN) – LEVEL 2
29 GRAPHIC DESIGN ( OPEN-OFFICE DRAW)
30 GRAPHIC DESIGN (ADOBE ILLUSTRATOR) – LEVEL 1
31 GRAPHIC DESIGN (ADOBE ILLUSTRATOR) – LEVEL 2
32 GRAPHIC DESIGN LEVEL 1 (COREL DRAW)
33 GRAPHIC DESIGN LEVEL 2 (COREL DRAW)
34 IPAD & IPHONE
35 KEYBOARDING(TYPING SKILLS)
36 MOBILE PLATFORM WITH GOOGLE APPS
37 MOBILE PLATFORM WITH MULTIMEDIA APPS
38 MOBILE PLATFORM WITH PRODUCTIVITY APPS
39 MS ONENOTE
40 OPERATING SYSTEM (WINDOWS 7)
41 OPERATING SYSTEM (WINDOWS 8)
42 OPERATING SYSTEM – LINUX (UBUNTU)
43 OPERATING SYSTEMS ( CLOUD)
44 OPERATING SYSTEMS (MAC OS X MOUNTAIN LION)
45 PAYROLL (UBS PAYROLL)
46 PC MAINTENANCE – LEVEL 1
47 PC MAINTENANCE – LEVEL 2
48 PHOTO EDITING (ADOBE PHOTOSHOP) LEVEL 1
49 PHOTO EDITING (ADOBE PHOTOSHOP) LEVEL 2
50 PHP PROGRAMMING LEVEL 1
51 PRESENTATION (OPEN OFFICE – IMPRESS)
52 PRESENTATION – LEVEL 1 (MS POWERPOINT)
53 PRESENTATION – LEVEL 2 (MS POWERPOINT)
54 PROJECT MANAGEMENT SOFTWARE
55 PSPP FOR STATISTICAL ANALYSIS
56 PUBLISHING (MS PUBLISHER)
57 SKETCHUP MAKE
58 SPREADSHEET (OPEN OFFICE – CALC)
59 SPREADSHEET – LEVEL 1 (MS EXCEL)
60 SPREADSHEET – LEVEL 2 (MS EXCEL)
61 SPREADSHEET – LEVEL 3 (MS EXCEL)
62 STOCK CONTROL (UBS STOCK CONTROL)
63 VISUAL BASIC (LEVEL 1)
64 VISUAL BASIC (LEVEL 2)
65 WEBPAGE DESIGN (ADOBE DREAMWEAVER) LEVEL 1
66 WEBPAGE DESIGN (ADOBE DREAMWEAVER) LEVEL 2
67 WEBPAGE DESIGN (MS EXPRESSION WEB)
68 WEBPAGE DEVELOPMENT ( JOOMLA) – LEVEL 1
69 WEBPAGE DEVELOPMENT ( JOOMLA) – LEVEL 2
70 WEBPAGE DEVELOPMENT (WIX)
71 WHAT IS NEW IN MS OFFICE 2013
72 WORD PROCESSING (MS WORD) LEVEL 1
73 WORD PROCESSING (MS WORD) LEVEL 2
74 WORD PROCESSING (OPEN OFFICE – WRITER)

 

Sila masukkan nama dan emel anda





One Response
  1. April 28, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge