Tarikh rasmi Dividen Dan Bonus ASB 2014 bakal diumumkan

Tarikh rasmi Dividen dan Bonus ASB 2014 akan diumumkan

Pengumuman tarikh rasmi bagi agihan dividen dan bonus ASB  tahun 2014 sudah pasti akan dinanti-nantikan oleh semua orang khususnya kepada pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Sebagai makluman, pihak ASNB telah pun menetapkan secara rasmi tarikh penangguhan urusniaga ASB bermula pada 23 Disember 2014 bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2014. Oleh itu, pihak kami menjangkakan pihak ASNB akan membuat pengumuman rasmi kadar Dividen dan Bonus ASB 2014 pada minggu ketiga bulan Disember 2014. Pembayaran dividen pula dijangka bermula pada 2 Januari 2015 dan akan dikreditkan ke akaun pengguna.

Penangguhan urusniaga ASB 2014

Tarikh Rasmi Dividen ASB 2014 Diumumkan Keluar

  • Dijangka diumumkan keluar pada minggu ketiga Disember 2014

Nota penting: Tarikh rasmi pengumuman dividen akan kami kemaskini sebaik sahaja diumumkan secara rasmi.

Tarikh Pembayaran ASB 2014

  • Akan diagihkan ke akaun pengguna pada 2 Januari 2015

Kronologi Kadar Dividen ASB Amanah Saham Bumiputera

  • 2013: Dividen 7.70 sen seunit, bonus 1.00 sen
  • 2012: Dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen
  • 2011: Dividen 7.65 Sen, bonus 1.15 sen

Agihan dividen ASB bagi tahun 2014 akan dimaklumkan kelak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge