Tarikh Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah kali ke-16 2014

Tarikh Majlis Konvo Universiti Malaysia Sabah ke-16 2014

Sekali lagi Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan majlis konvokesyen bagi bakal graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Majlis konvokesyen UMS pada tahun 2014 merupakan majlis konvokesyen yang ke-16.

 

Konvokesyen UMS 2013

Tarikh Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah ke-16 2014

Menurut laman web rasmi Universiti Malaysia Sabah, tarikh konvokesyen UMS 2014 akan diadakan pada ketetapan berikut:

22, 23 & 24 November 2014 (Sabtu, Ahad dan Isnin)

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN

Graduan boleh menyemak dari masa ke semasa mengenai sebarang maklumat Majlis Konvokesyen melalui laman webhttp://bpa.ums.edu.my

Konvokesyen UMS 201Yuran Konvokesyen

Graduan sama ada yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen atau tidak, wajib membayar yuran konvokesyen mengikut kadar RM150.00.

Graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen, boleh membayar yuran konvokesyen pada bila-bila masa (waktu bekerja) di Kaunter Pelanggan Bendahari,Blok Utara Bangunan Canselori. Walaubagaimanapun, Skrol/Transkrip graduan hanya dikeluarkan selepas tarikh konvokesyen dan segala yuran termasuk yuran graduan dan hutang tertunggak (jika ada) perlu dijelaskan.

Kad Jemputan Dan Pelekat Kenderaan

Setiap graduan akan diberi satu kad jemputan untuk 4 orang tetamu bagi menghadiri Majlis Konvokesyen di Dewan Canselor. Kad jemputan tetamu akan diberikan semasa pendaftaran pengambilan jubah. Para tetamu yang tidak membawa kad jemputan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Pelekat kenderaan akan diberikan semasa pendaftaran pinjaman jubah. Pelekat ini hendaklah dilekatkan di cermin hadapan kenderaan bagi tuan/puan yang menggunakan kenderaan sendiri.

Pihak Universiti tidak bertanggungjawab di atas kehilangan kad jemputan yang telah diedarkan dan kad yang hilang tidak akan diganti.

Tarikh Taklimat Dan Raptai

Sesi taklimat dan raptai konvokesyen akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
(Belum Ada Ketetapan)

Tarikh :

Masa :

Tempat :

Pakaian Dan Rupadiri

Semua graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen dikehendaki berpakaian seperti berikut :

a) Lelaki :

i. Lounge Suit berwarna gelap.
ii. Kemeja lengan panjang berwarna terang.
iii. Untuk keseragaman, graduan DIWAJIBKAN memakai tali leher.
iv. Kasut berwarna gelap (kasut sukan/selipar/sandal tidak dibenarkan)
v. Rambut lelaki hendaklah pendek dan kemas, tidak menjejaki kolar baju.

b) Perempuan :

i. Pakaian labuh hingga buku lali/Skirt labuh, Baju/Blaus berlengan panjang dan lengkap menutup hingga ke leher.
ii. Baju kurung (Warna bebas).
iii. Jika memakai skirt, hendaklah melepasi paras lutut dan baju berlengan panjang.
iv. Kasut berwarna gelap (kasut sukan/selipar/sandal dan kasut yang berwarna terang (striking) tidak dibenarkan). Elakkan memakai kasut bertumit tinggi dan mempunyai tapak yang licin.
v. Kenipisan dan reka bentuk pakaian hendaklah tidak menjolok mata.

Sila ambil perhatian, Majlis Konvokesyen adalah majlis rasmi. Graduan dinasihatkan supaya mematuhi peraturan pakaian seperti yang dinyatakan di atas.

PARA GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN RUPADIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK JAWATANKUASA PETUGAS KHAS / URUSETIA KONVOKESYEN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN.

Peraturan Dan Kod Berpakaian Bagi Tetamu Graduan

Ibubapa/tetamu (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) diminta berpakaian rasmi seperti berikut :

a) Pakaian Tetamu Lelaki

i. Kebangsaan atau
ii. Batik atau
iii. Lounge Suit atau
iv. Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans, seluar pendek dan kemeja-T tidak dibenarkan).

b) Pakaian Tetamu Wanita

i. Kebangsaan atau
ii. Pakaian Rasmi atau pakaian sopan (Pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, seluar jeans dan seluar pendek adalah tidak dibenarkan).

Tetamu graduan boleh memasuki Dewan Canselor melalui pintu-pintu yang telah ditetapkan oleh pegawai petugas.

Peraturan Lalulintas Dan Tempat Letak Kereta Graduan

Laluan Masuk Kenderaan Graduan dan Tetamu Ke Dalam Kampus
Laluan masuk ke dalam kampus UMS bagi graduan dan ibubapa adalah melalui pintu masuk utama.

Tempat Letak Kereta Graduan, Ibubapa/tetamu Graduan
Semua kenderaan graduan, ibubapa/tetamu graduan ditempatkan di tempat letak kereta SKTM atau sekitarnya yang ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan UMS. Sila ikut arahan daripada pengawal keselamatan yang bertugas bagi melicinkan urusan letak kereta tuan/puan.

Gambar Konvokesyen

Para graduan tidak dibenarkan mengambil gambar atau menyuruh orang lain berbuat demikian semasa majlis berlangsung di dalam dewan. Semua pengambilan gambar semasa Majlis Konvokesyen akan diuruskan oleh jurugambar yang dilantik oleh UMS.

Masalah Kesihatan (Graduan Kurang Upaya/Mengandung)

Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan yang ketara dan bermasalah untuk beratur dan berjalan dalam perbarisan memasuki dewan seperti tidak boleh berjalan, graduan perempuan yang mengandung, perempuan yang baru lepas bersalin atau memakai kerusi roda, sila lapor kepada pegawai bertugas (marshall) mengatur perbarisan graduan bertempat di Lobi Aras 1, Dewan Canselor.

Kemudahan Lain – Surau

Kemudahan surau disediakan di Bangunan Dewan Canselor bersebelahan Pejabat Pusat Kokurikulum dan Aras 1, Bangunan Anjung Siswa (Hal Ehwal Pelajar), bersebelahan dengan Bangunan Dewan Canselor.

Disiplin Majlis

Setiap graduan dan tetamu tidak dibenarkan melakukan perkara berikut semasa di dalam Dewan.

a) Menggunakan telefon bimbit sewaktu dalam Dewan
b) Membawa bunga dan beg tangan sewaktu berarak
c) Mengambil gambar di hadapan pentas
d) Membawa makanan dan minuman ke dalam Dewan
e) Membuat bising

Untuk maklumat lanjut dapatkan maklumat yang sahih dan tepat daripada laman web rasmi Universiti Malaysia Sabah.

P/s : Saya ada menjual bunga untuk konvokesyen dengan harga yang berpatutan. Kalau nak boleh tinggalkan komen.

One Response
  1. October 12, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge