Tarikh Bayaran BR1M 3.0 bagi 2014

Tarikh pembayaran BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014.

BR1M

BR1M

Maklumat yang diperolehi mengatakan bantuan BR1M akan mula dibayar mulai 22 Februari 2014 (Sabtu).

Bantuan BR1M 2014 tersebut akan dibayar terus ke akaun pengguna secara berperingkat. Oleh itu diharap semua pemohon dapat bersabar.

Untuk makluman, permohonan bantuan BR1M 3.0 atas talian telah dibuka pada 23 Disember 2013 dan telah pun ditutup akhir bulan Januari 2014. Ini bagi memberi peluang kepada pemohon baru untuk memohon bantuan tersebut.

Bantuan BR1M 3.0 ini lebih memudahkan penerima kerana dibayar terus ke akaun penerima bantuan yang layak. BR1M seterusnya iaitu BR1M 4.0, BR1M 5.0 dan seterusnya diharap akan mengekalkan kaedah pembayaran secara terus ke akaun penerima.

Tarikh Pembayaran BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

Mulai 22 Februari 2014 secara berperingkat.

Berikut adalaha kenyataan Media Pembayaran BR1M 3.0

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dilancarkan pada 22 Februari 2014. Manakala pengagihan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara akan dilaksanakan pada 23 Februari 2014- Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Semakan Status Permohonan BR1M 3.0 Online 2014

Untuk makluman tiada semakan secara atas talian.

Status permohonan BR1M 3.0 hanya boleh disemak melalui talian telefon di 1-800-88-2716.
Waktu operasi ialah dari jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja setiap hari Isnin – Jumaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge