Strategi Pembangkang Sabah hadapi krisis

Perubahan Sabah

Political Changes in Sabah

PAPAR: Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Abdul Rahim Ismail berkata pertelingkahan dalam kalangan pemimpin pembangkang Sabah adalah petanda jelas mereka menghadapi krisis kepimpinan yang serius.

“Pergeseran dalam kalangan mereka memberi mesej jelas bahawa mereka (pembangkang) boleh mencetuskan masalah besar kepada rakyat dan negara andainya mereka diberi peluang memerintah negara.

“Bagaimana mungkin pakatan pembangkang boleh mentadbir negara dengan Lebih baik daripada apa yang dibuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini jika kalangan mereka sendiri saling tidak mempercayai,” katanya di sini kelmarin.

Abdul Rahim yang juga Ketua Umno Bahagian Papar mengulas tindakan ketua Parti Reformasi Negeri (Star) Papar Datuk Patrick Sindu, keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Patrick juga dilaporkan sebagai berkata Star di Papar telahpun dibubarkan, tetapi ia dinafikan oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Star Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula mendakwa anggota Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing, yang baru-baru ini mengumumkan keluar parti UPKO, sebagai pemimpin yang mengamalkan ‘politik cari makan’.

Jeffry berkata demikian berikutan kenyataan Bumburing bahawa Star adalah ‘anti-Malaya’.

Rahim berkata pergeseran mereka bukan sahaja menyerlahkan kelemahan kepimpinan parti itu tetapi juga ketidaksepakatan dan keretakan serius dalam kalangan parti pembangkang.

Beliau menggesa para penyokong parti pembangkang itu, khususnya di daerah Papar, supaya menilai semula sokongan mereka terhadap pakatan pembangkang.

“Yang menjadi mangsa tentulah para penyokong parti…Pintu Umno dan Barisan Nasional sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk penyokong parti pembangkang.

“Tidak ada apa-apa yang perlu disegani kerana Umno dan BN sentiasa mengamalkan dasar menyatupadukan semua kaum di negara ini tanpa mengira fahaman dan anutan agama,” katanya.

Sumber : New Sabah Times

P/s : Saya cuma harap siapapun yang menang akan mempertahankan hak rakyat Sabah dan bukannya merampas hak itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge