SMS Telefon Samsung Galaxy bermasalah

Samsung messaging stopped
Baru-baru ini saya dapati bahawa aplikasi SMS Teks android telefon pintar saya tidak berfungsi dengan baik. Agak lambat juga saya perasan yang Teks mesej saya dah tak boleh guna. Ya la kan sekarang banyak guna whatsapp yang lebih murah berbanding dengan SMS biasa. Tapi tak semua ada telefon pintar. So sekali sekala kena guna juga SMS tu. Bila dah nak guna baru perasan yang SMS tak boleh guna. Ringkasnya tak dapat buka pun senang cerita. Bila klik ja ikon mesej tu akan keluar “Unfortunately messaging has stopped”. Klik beberapa kali pun tetap tak berfungsi. Macam-macam cara saya gunakan untuk guna. Siap restart dan buka bateri lagi. Manala tau berkesan pasal hang ka atau apa..

Samsung Smart Phone Doctor
Tapi nampaknya segala usaha saya tidak membuahkan hasil.Sudahlah mesej tu penting. Payahla nanti nak buat transaksi perbankan atau segala yang berkaitan dengan TAC number. Banyak sms tu ada nilai sentimental pada saya. Mau tidak mau terpaksa la bertanya dengan Uncle Google yang selalunya dapat memberikan saya jawapan kepada permasalahan saya.

Jadi saya pun meneruskan usaha untuk membolehkan aplikasi teks mesej saya dapat berfungsi dengan baik. Selepas melakukan beberapa carian dengan menggunakan kata kunci carian “Unfortunately messaging has stopped” dan mencuba beberapa cadangan seperti clear keyboard cache dan data di bahagian application setting. Saya juga turut mencuba clear cache dan data aplikasi sms tersebut. Tapi malangnya sms saya masih tidak dapat berfungsi. Mau dekat setengah jam juga melakukan carian untuk mencari jawapan kepada masalah “Unfortunately messaging has stopped”. Saya tak pasti jika ini berlaku hanya pada telefon pintar samsung atau semua telefon pintar yang menggunakan android.

Saya hampir berputus asa dan hasil carian saya juga memberi penyelesaian terakhir dengan melakukan Restore to Factory Setting. Namun saya teruskan membaca di forum-forum android dan akhirnya mencuba memuat turun dan memasang perisian Go SMS pro. Sekurangnya kalau tak dapat guna aplikasi lama tu saya boleh gunakan aplikasi lain yang hampir serupa fungsinya. Yang penting data sms lama masi tersimpan dalam telefon. Siapa tahu nanti masalah Unfortunately messaging has stopped dapat diselesaikan oleh android atau samsung. So saya teruskan dengan muat turun aplikasi GO SMS Pro dari Google Play Store. Setelah muat turun dan memasang aplikasi tersebut, saya diminta mengesahkan nombor telefon saya oleh aplikasi tersebut. Selepas itu baru boleh menggunakan aplikasi tersebut.

Alangkah gembiranya saya apabila mendapati bahawa saya boleh membaca SMS lama yang tersimpan dalam telefon. Saya cuba keluar daripada aplikasi tersebut dan cuba buka aplikasi teks SMS yang lama dan dapati perkara Unfortunately messaging has stopped masih berlaku. Nampaknya masalah belum selesai. So saya buka balik aplikasi GO SMS pro tu dan baru perasan SMS terakhir yang saya terima ialah beberapa hari yang lalu. Saya cuba semak sms terakhir tu dan dapati ia dihantar oleh pengendali perkhidmatan. Saya terlupa pula nak print screen tapi SMS tersebut datang daripada 5 digit sebagai contoh 33777. Saya dapati sms tersebut mengandungi teks yang sukar dibaca dan menggunakan kod. Memandangkan ia tidak membawa makna pada saya jadi saya padam sms tersebut. Saya keluar dari aplikasi SMS tersebut dan cuba buka aplikasi SMS teks yang lama dan akhirnya aplikasi SMS yang asal boleh dibuka.

Sesudah itu saya mencuba uninstall semula aplikasi SMS GO pro dan dapati ia tidak mendatangkan sebarang masalah kepada aplikasi SMS yang lama. Maka disini saya ingin kongsikan bagaimana untuk membolehkan anda menggunakan aplikasi Teks SMS anda yang asal.

Jika telefon pintar jenama Samsung anda mempunyai masalah seperi di atas, bolehlah mencuba untuk menggunakan kaedah ini.

1. Sambungkan pada internet.
2. Masuk google play Store.
3. Cari Go SMS pro
4. Install aplikasi GO SMS pro.
5. Masukkan nombor telefon bimbit untuk pengesahan.
6. Buka aplikasi tersebut dan semak SMS terakhir anda.
7. Padam beberapa Sms terakhir yang diterima.
8. Periksa jika aplikasi SMS yang lama boleh berfungsi.
9. Jika berfungsi boleh uninstall semula GO SMS pro.
10.Semoga berjaya.

[clear-line]

 

Translation.
If your beloved Samsung smart phone have a problem like I mention before, you may try this to restore it. .

1 . Connect to the internet .
2 . Go to Google play store .
3 . Search Go SMS pro application.
4 . Install GO SMS Pro app.
5 . Enter your cell phone number for verification.
6 . Open the application and check the last SMS you received .
7 . Delete the last few Sms you received.
8 . Check if the old SMS application can work.
9 . If it work then you can try uninstall the GO SMS Pro .
10. Good luck.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge