Berita palsu penemuan pesawat MH370 di kepulauan tukun Perak
Baru-baru ini tersebar secara meluas satu SMS mengenai penemuan pesawat MAS MH370 yang telah hilang sejak Nac 2014 yang lepas. SMS tersebut mendakwa pesawat MH370 telah pun ditemui di kepulauan tukun Perak. Dalam SMS tersebut menyatakan bahawa semua penumpang pesawat yang hilang itu telah pun meninggal dunia akibat impak yang kuat akibat terhempas.
Sebagai makluman, SMS yang tersebar berhubung pesawat MH370 tersebut tidak benar sama sekali dan tiada bukti yang kukuh. Selain itu ia merupakan SMS khabar angin yang sudah tersebar sejak bulan Mac 2014 yang lepas. SMS tersebut menjadi perhatian apabila ia menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.