Skrip auto ping busuk.org diserang malware

Auto ping skrip busuk.org diserang malware

Pada pagi ini, saya dapati yang blog Arieon.my telah di ‘flag’ oleh Google browser mengandungi malware. Punca malware tersebut ialah daripada skrip daripada busuk.org yang merupakan sebuah blog aggregator yang agak terkenal juga di Malaysia.

Amaran skrip busuk org mengandungi malware

Padam skrip auto ping busuk.org buat sementara
Bagi mengelakkan perkara yang lebih serius saya memadam kod skrip auto ping busuk.org daripada laman blog saya sehingga masalah tersebut diatasi oleh pihak pentadbir sistem busuk.org. Selepas memadam semua kod skrip daripada busuk.org , blog saya boleh diakses seperti biasa tanpa sebarang amaran daripada Google Chrome.

Blogger disaran untuk mengambil langkah berjaga-jaga
Oleh itu mana-mana blogger yang menggunakan perkhidmatan busuk.org dicadangkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

P/s : Jangan biarkan telur menjadi busuk

One Response
  1. September 7, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge