Siaran kartun ASTRO ada adegan lucah

Siaran kartun ASTRO dengan adegan lucah ditayangkan ASTRO

Penyedia Stesen televisyen satelit berbayar ASTRO telah menjadi bualan orang ramai apabila menyiarkan kartun Legend of the Legendary Heroes yang mempunyai babak-babak yang agak lucah seperti berskirt pendek, fokus kepada buah dada, kartun dengan imej separuh telanjang dan sebagainya.

Walaupun ia kelihatan remeh namun jika dibiarkan, anak-anak kecil ini pasti lebih mudah terjebak kedalam keruntuhan akhlak pada suatu hari nanti. Ini kerana jika anak-anak kecil ini sudah terbiasa dengan kartun-kartun dengan adegan lucah seperti ini maka tidak hairan jika suatu hari nanti anak-anak kecil ini mula melayari internet dan mendapatkan kartun-kartun dengan adegan lucah seperti ini.

Astro tayang kartun lucah

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia perlu turun padang dan memantau rancangan kartun seperti ini. Jika wujud kekangan sumber manusia yang mana tidak cukup kakitangan untuk memantau semua siaran rancangan, SKMM harus menyediakan satu platform atas talian untuk memudahkan orang ramai membuat aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan siaran ASTRO yang tidak mencerminkan budaya orang Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge