Sharifah Aleya bersanding di Dewan KDCA Sabah

Sharifah Aleeya bersanding di Dewan KDCA Sabah

Sharifah Aleeya kahwin di Dewan KDCA

Tahniah kepada pasangan Sharifah Aleya dan  Mohammed Azam Abdullah yang telah selamat melangsungkan majlis bersanding di sebelah pihak lelaki di Dewan Kadazan Dusun Cultural Association pada 23 Mac 2014.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Masjid Al Mukarammah Sri Damansara, Ustaz Mat tepat jam 10 pagi pada 11 Januari 2014 yang lalu dengan mas kahwin RM300. Leya menerima tiga dulang hantaran, dibalas lima dulang oleh pihak perempuan.

 

Perkenalan mereka bermula sejak sama-sama membuat persembahan teater muzikal Terima Kasih Cinta pada 2011. Usai teater, persahabatan mereka menyepi sehinggalah pertengahan 2012.

Anak kembar Leya, Aza Ameena dan Asha Ameena juga kelihatan tidak kekok dengan Miko, yang mereka gelarkan sebagai Papa.

Nampaknya semakin ramai artis Malaysia yang melangsungkan perkahwinan dengan orang Sabah yang terkenal dengan gadis yang cantik dan jejak yang macho.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge