Semakan Panggilan Temuduga Calon Guru KPM Lepasan SPM 2013

Semakan Panggilan Temuduga Calon Guru KPM Ambilan Jun 2014

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2014(SPM) yang telah menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi Program Calon Guru Tajaan KPM ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) boleh mula membuat semakan panggilan temuduga pada 5 Mei 2014.

Semakan ini hanya untuk calon yang telah menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan Jun 2014. Calon yang lulus dalam temuduga ini akan ditempatkan di Institut Pendidikan Guru (Dahulunya Maktab Perguruan).

Semakan boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

semakan layak temuduga Permohonan Program Perguruan KPM Lepasan SPM 2014

Maklumat Penting 

SESI TEMU DUGA
Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.

KRITERIA PEMILIHAN
Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

PENDAFTARAN :
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan):

Tarikh Pendaftaran Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ialah pada 23 Jun 2014.

Calon yang telah menduduki UKCG/temu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan.

Calon perlu mencetak surat panggilan temu duga dan tawaran (sementara) dalam permohonan online.

Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri  temu duga adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.

 

IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah
termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat pengajian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge