Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2014 Atas Talian dan SMS

Semakan Atas Talian Keputusan MUET Sesi Mac 2014

Malaysian University English Test
Menerusi kenyataan akhbar Daily Express, Semakan keputusan Ujian Malaysian University English Test(MUET) sesi Mac 2014 boleh dibuat melalui atas talian dan juga SMS bermula pada 5 Mei 2014 (Isnin). Dalam ujian tersebut, seramai 36100 calon telah mengambil ujian tersebut.

Calon juga boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau di institusi pengajian masing-masing bermula pada jam 10 pagi. Calon persendirian pula akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.

Semakan MUET Mac 2014 melalui SMS
Calon yang ingin membuat semakan melalui SMS boleh menaip MUET RESULT No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Semakan MUET Mac 2014 atas talian
Calon yang ingin membuat semakan melalui atas talian boleh melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia

Rayuan keputusan MUET Mac 2014
Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan semakan semula dengan bayaran RM70.

Tarikh Tutup Rayuan Semakan MUET ialah pada 16 Mei 2014.

Bagi yang ingin membuat pendaftaran MUET sesi November 2014 boleh baca Pendaftaran MUET sesi November 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge