Rakyat Sabah diminta waspada pihak tabur fitnah untuk kepentingan politik

Facebook

Facebook logo

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diingatkan supaya berwaspada dengan pihak tertentu yang terus menabur lebih banyak fitnah dan memburukkan imej kerajaan, terutama di laman sosial semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Ketika membuat seruan itu, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Jainab Ahmad, berkata bukan semua maklumat atau bahan yang dimuatkan dan dikongsi bersama dalam alam maya itu benar.

“Oleh itu, saya menyarankan supaya rakyat negeri ini terutama generasi muda supaya membaca maklumat yang betul. Jangan baca maklumat yang berbentuk fitnah atau berbau politik.

“Kita dapati dalam alam globalisasi ada pihak tidak bertanggungjawab memfitnah dalam internet sehingga anak-anak muda kita terikut-ikut dengan budaya fitnah…ini kita perlu elakkan,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan awal persekolahan di SMK Bandaraya dekat sini kelmarin.

Jainab berkata ramai di kalangan anak muda sekarang yang sedikit terkeliru atau tidak menyedari bahawa banyak yang diperkatakan dalam alam maya “sengaja disensasikan walaupun tidak benar” bagi menarik perhatian pembaca.

“Keadaan seumpama ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mungkin menyebabkan bibit-bibit perpecahan di antara kaum.

“Ini kalau tidak dibendung akan menjadi masalah di negara kita, sebuah negara yang aman damai bukan seperti di negara jiran kita yang mana ada pihak tertentu mahu gunakan perpecahan sebagai satu simbol untuk menukar kuasa atau kerajaan,” katanya.

Sumber : New Sabah Times

Komen :

Saya terlalu muak dengan berita-berita yang berulang-ulang yang berat sebelah…. Bosanlah tengok berita pasal isu yang sama setiap hari…. Nak tengok berita pun bikin sakit hati ja.Selalu tukar chanel bila time berita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge