Pesuruhjaya Polis Sabah : Pantai timur Sabah dikenakan perintah berkurung

Sebahagian pantai timur Sabah dikenakan perintah berkurung sehingga Ogos 2014

Pesuruhjaya Polis Sabah telah mengumumkan perintah berkurung dari Tg Pundaras, Sandakan ke jeti Tawau mulai hari ini hingga 2 Ogos menurut tweet dari Bernama sebuah agensi berita Malaysia. Perintah berkurung itu melibatkan enam buah daerah iaitu enam daerah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Ia membabitkan kawasan perairan seluas 194,032 kilometer persegi. Pengisythiran itu dibuat oleh Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman di Kota Kinabalu Sabah.

Tempoh perintah berkurung
19 Julai 2014 – 2 Ogos 2014

Waktu Berkurung Sabah
6 petang sehingga 6 pagi

Pesuruhjaya Polis Sabah Perintah berkurung dari Pundaras Sandakan ke Jetty Tawau sehingga Ogos

Sebagai makluman perintah berkurung didefinisikan sebagai perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan yang mengarahkan orang ramai tidak melakukan sebarang pergerakan dalam waktu-waktu tertentu. Dalam hal ini perintah berkurung ini mempunyai kaitan dengan kes penculikan yang semakin menjadi-jadi di Pantai Timur Sabah. Semua aktiviti adalah tidak dibenarkan dilakukan di luar rumah termasuk menangkap ikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge