Permohonan UPU atas talian ke IPTA Sesi 2015/2016

Permohonan atas talian UPU ke IPTA Sesi 2015/2016

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyatakan bahawa permohonan UPU atas talian bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah pun dibuka.

Permohonan UPU dibuka 2015/2016
Tarikh Permohonan IPTA 2015/2016 dibuka
Tarikh bermula : 19 Januari 2015 (Isnin)
Jam : 12.00 tengahari

Tarikh tutup permohonan UPU ke IPTA 2015/2016
Tarikh tutup permohonan ialah pada 6 April 2015.
Jam : 4.00 petang

Prasyarat permohonan UPU
Prasyarat permohonan adalah pemohon perlu membeli NOMBOR UNIK ID yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional. Kod UNIK ID tersebut perlu dimasukkan semasa membuat permohonan atas talian di http://upu.moe.gov.my

Selain itu, pemohon juga digalakkan membaca e-panduan yang telah disediakan oleh BPKP bagi memudahkan pemohon memilih peringkat pengajian dan bidang pengajian yang sesuai dengan kelayakan sebelum membuat permohonan atas talian.

P/s : Kalau nak mohon tu pastikan bidang pengajian yang dipilih sesuai dengan kelayakan.

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge