Permohonan Kemasukan SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4 Atas Talian

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan 4 secara Online telah dibuka bermula pada 1 September 2013 menerusi sistem atas talian. Permohonan atas talian (SBP 2014 online application) ini akan dibuka sehingga 15 Oktober 2013.

Permohonan boleh dibuat melalui online di laman web http://public.moe.gov.my/

 

Permohonan atas talian SBP 2014.

Panduan atau Cara Memohon SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Sebelum membuat permohonan, calon mestilah membaca buku panduan permohonan kemasukan ke SBP Tahun 2014.

Untuk dapatkan buku panduan sila klik BUKU PANDUAN PERMOHONAN SBP 2014 ONLINE

Syarat Umum Kemasukan SBP 2014

• Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
• Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
• Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
• Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan
Syarat Minimum Kemasukan SBP Tingkatan 1
• Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
• Murid sekolah kebangsaan sahaja
• Mencapai 5A atau 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A
• Aktif dalam kokurikulum

Syarat Minimum Kemasukan SBP Tingkatan 4

• Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
• Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau bantuan kerajaan
• Kelayakan akademik PMR seperti berikut:

  1.  Sekurang-kurangnya gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/Bahasa Antarabangsa.
  2.  Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
  3.  Mendapat sekurang kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain
  4.  Aktif dalam kokurikulum

Tarikh Tutup Permohonan

15 Oktober 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge