Permohonan BR1M 4.0 Bajet 2015

Maklumat Permohonan BR1M 4.0 Bajet 2015

BR1M 4.0 2015

Bajet tahun 2015 ini dijangka akan dibentangkan pada bulan Oktober 2014 sama seperti tahun sebelum ini. Sudah pasti yang menjadi perhatian adalah samada Bantuan Rakyat 1 Malaysia akan dinaikkan atau sama seperti sebelum ini iaitu pada kadar RM650 bagi yang berkeluarga dan RM 350 bagi yang berstatus bujang. Ini kerana manifesto Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lepas menyatakan bahawa Barisan Nasional akan menaikkan nilai Bantuan Rakyat 1 Malaysia kepada RM 1200.

Seiring dengan janji kerajaan untuk menaikkan kadar BR1M maka bajet tahun 2014 menyaksikan peningkatan bantuan rakyat 1 Malaysia daripada RM 500 kepada RM 650 iaitu peningkatan sebanyak RM 150. Inisiatif kerajaan untuk memberikan bantuan kewangan telah memberi manfaat kepada lebih daripada 4.8 juta isi rumah. Walaubagaimanapun RM 50 akan ditolak daripada nilai tersebut bagi kos insurans takaful berkelompok penerima BR1M.

Apa itu i-BR1M

Pada BR1M 3.0 yang lepas kerajaan telah menambah baik bantuan tersebut dengan menyediakan satu pelan takaful berkelompok yang dinamakan i-BR1M. Pelan takaful tersebut memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M yang merupakan ketua isi rumah atau ketua keluarga. Usaha ini merupakan satu usaha kerajaan yang dapat membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima jika ketua keluarga menemui ajal atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. i-BR1M Takaful berkelompok

Berbalik kepada persoalan samada kerajaan akan mengumumkan kenaikan BR1M sehingga RM 1200 ia bergantung kepada kemampuan kewangan negara. Jika diperhatikan Bank Negara Malaysia telah melaksanakan beberapa usaha untuk meliberasasi sistem kewangan negara. Dan antaranya ialah Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan satu polisi kewangan berhubung kenaikan kadar dasar semalaman yang dinaikkan sebanyak 25 mata.

Apa pun kita semua hanya mampu berharap dan semoga kerajaan akan membentangkan bajet yang dapat membawa kemakmuran kepada negara.

Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 4.0 Bajet 2015

Sama seperti permohonan BR1M 3.0 bagi bajet 2014 yang lepas, penerima BR1M yang sudah mendaftar dan telah diluluskan tidak perlu membuat pendaftaran semula.

Walaubagaimanapun sekiranya terdapat perubahan maklumat penerima BR1M yang sudah diluluskan boleh mengemaskini permohonan mereka melalui laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/.

Sekiranya perubahan maklumat itu berkaitan dengan status perkahwinan dan pindaan maklumat ahli isi rumah ia perlu dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri yang terdekat.

Pendaftaran semula hanya perlu dilakukan bagi pemohon BR1M 1.0, BR1M 2.0 dan BR1M 3.0 yang tidak berjaya pada permohonan yang lepas.

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan BR1M 4.0 2015

   (i)       MyKad bagi pemohon; dan 
   (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan) 

Tarikh Pembayaran BR1M 2015

Tarikh pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia 4.0 dijangka akan diagihkan seawal mungkin pada bulan Februari tahun 2015 dan selewat mungkin pada bulan Mei tahun 2015. Penerima BR1M 4.0 yang layak dan telah diluluskan akan mendapat bayaran terus ke akaun bank masing-masing jika maklumat nombor akaun tersebut diberikan sewaktu pendaftaran. Jika maklumat nombor akaun bank tidak diberikan, penerima BR1M 4.0 yang layak akan dibayar menggunakan baucer dan akan mengambil masa.

Oleh itu digalakkan agar semua penerima BR1M 1.0, BR1M 2.0 dan BR1M 3.0 yang lepas dapat mengemaskini maklumat mengenai bank dan nombor akaun bank di laman web LHDNM agar wang BR1M 4.0 dapat dikreditkan terus ke akaun masing-masing.

Laman web ini tidak mewakili Lembaga Hasil Dalam Negeri. Untuk maklumat yang sahih sila ke Laman Web Rasmi LHDNM.

6 Comments
  1. July 15, 2014
    • August 23, 2014
  2. July 16, 2014
    • August 23, 2014
  3. October 29, 2014
  4. November 13, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge