Perkasa ditegur oleh pakar perlembagaan kerana Namewee

PETALING JAYA: Permintaan pertubuhan Perkasa agar penyanyi rap Namewee dilucutkan kewarganegaraan kerana didakwa mengeluarkan komen berbaur perkauman dan menghina lagu kebangsaan adalah tidak berperlembagaan menurut pakar undang-undang.

Perkasa tuntut Namewee dilucutkan status kerakyatan

Namewee

Peguam dan aktivis Syahredzan Johan berkata hak kewarganegaraan dijamin dalam perlembagaan.
“Jika anda seorang warganegara ‘melalui undang-undang’ iaitu mendapat status kewarganegaraan melalui proses kelahiran maka satu-satunya cara kerakyatan anda dilucutkan ialah apabila mendapat status warganegara di negara lain. Selain itu kerakyatan juga boleh dilucut jika anda boleh melakukan sesuatu yang hanya rakyat negara lain itu mempunyai hak untuk berbuat demikian. Sebagai contoh jika anda boleh mengundi dalam pilihan raya negara mereka.”kata Syahredzan Johan kepada akhbar berbahasa Inggeris The Star Online.

Kerajaan tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk melucutkan status kerakyatan anda melainkan jika ia berlaku atas kehendak sendiri untuk melucutkan kewarganegaraan.
Kenyataan ini turut disokong oleh pakar perlembagaan Datuk Dr Shad Saleem Faruqi seorang Professor Emeritus undang-undang di UiTM.

“Perkara seperti kesalahan yang didakwa di mahkamah seperti kelucahan, pornografi dan sebagainya tidak boleh dihukum dengan membuang kerakyatan pelaku. Membuang kerakyatan bukan suatu hukuman. Anda tidak akan melucutkan kewarganegaraan seseorang hanya kerana mereka mencuri kereta,” katanya.
Beliau menambah bahawa kewarganegaraan hanya boleh dibatalkan kerana “tidak setia” sebagai contoh menjalankan hak seorang warganegara negara lain, seperti menyertai anggota tentera selain daripada anggota tentera Malaysia.

“Sekalipun ada pihak-pihak tertentu menghina atau cuba menghasut bagi mewujudkan ketegangan kaum kesalahan tersebut perlu ditangani dengan undang-undang hasutan.”
Dr Shad berkata bahawa pandangan Perkasa itu harus diteliti dan dikritik jika perlu, tetapi kita tidak perlu berusaha untuk menutup mulut PERKASA.

“Jika kita cuba menutup mulut PERKASA , kita akan menyertai permainan mereka. Dalam hal ini kita tidak perlu berusaha untuk menyekat pandangan Perkasa,” katanya.
Syahredzan mencadangkan bahawa PERKASA perlu lebih banyak “membaca perlembagaan sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti ini. Ia bukan kali pertama mereka mengeluarkan kenyataan seperti itu.”

Pada Selasa lalu, Perkasa menuntut agar kewarganegaraan rapper dan pembikin filem Namewee dibatalkan atas alasan Namewee telah mengkritik Kerajaan dengan pedas disebabkan oleh isu filem The New Village.
Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata beliau telah membuat banyak laporan polis terhadap Namewee tetapi Peguam Negara gagal melakukan apa-apa.
Namewee kini menjadi bualan orang ramai kerana menyokong filem Kampung Baru, yang didakwa mengagungkan komunisme.

Sumber : The Star Online

2 Comments
  1. August 7, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge