Peraturan JPA melarang guru berniaga dalam talian

Peraturan JPA melarang cikgu berniaga online

Satu surat telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 20 Oktober 2014 berhubung Pemantauan ke atas Pegawai Awam yang menjalankan perniagaan dalam talian. Surat tersebut pada dasarnya menyatakan bahawa pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian adalah disifatkan melakukan pekerjaan luar dan tertakluk di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Secara ringkasnya, semua pegawai pendidikan atau lebih dikenali dengan gelaran guru atau cikgu adalah dilarang sama sekali melakukan sebarang jenis perniagaan termasuk atas talian (online). Pemantauan akan dilakukan oleh pegawai atasan yang mana tanggungjawab mereka ialah membuat pemantauan dan mana-mana pegawai pendidikan yang ingkar akan dilaporkan.

Surat tersebut telah diedarkan kepada semua ketua jabatan dan bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia turut diedarkan kepada Pengarah Pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri.

Surat tersebut merupakan rentetan kepada surat dari Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung perkara yang sama.

Surat pemantauan ke atas pegawai awam yang menjalankan perniagaan atas talian

Cikgu dilarang berniaga

Pegawai Pendidikan Guru dilarang berniaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge