Penulis ebuku Rahsia Mudah Hamil

Siapakah penulis ebuku Rahsia Mudah Hamil

Rahsia Mudah HamilPenulis ebook ini terdiri daripada dua orang individu iaitu Abu Jarir dan Ummu Aisyah. Mereka merupakan pasangan suami isteri dan mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang sains. Pasangan ini bukan pakar sakit puan atau pengamal rawatan perubatan alternatif dan oleh itu tiada sebarang rawatan yang mereka boleh tawarkan. Namun pasangan ini sudah melalui kesukaran mendapat zuriat di awal perkahwinan mereka.

Tertekan kerana belum hamil

Pasangan ini sudah pernah melalui keadaan apabila berasa tertekan akibat diberi soalan cepumas daripada ahli keluarga, saudara mara dan rakan. Tekanan semakin meningkat apabila kawan-lawan yang baru sahaja berkahwin terlebih dahulu berjaya hamil dan seterusnya mendapat zuriat. Maka dengan semangat dan keazaman yang tinggi maka pasangan ini berusaha mencari maklumat mengenai kesuburan.

Motivasi untuk hamil

Hasil pencarian, pasangan ini mendapati bahawa belum ada satu rujukan khas yang menyentuh topik mengenai kesuburan dalam bahasa Malaysia pernah diterbitkan. Kalau ada pun ia adalah ringkas dan boleh didapati di majalah wanita dan kehamilan. Oleh itu mereka beralih kepada sumber dari luar negara .

Hasil kajian artikel dan jurnal perubatan antarabangsa berkenaan kesuburan, pasangan ini berjaya membongkar beberapa perkara penting yang mengejutkan dan pada dasarnya ia selalu diabaikan atau tidak diambil perhatian.

Rahsia mudah hamil dibukukan

Penemuan demi penemuan in seterusnya dikumpul dan dijadikan panduan lengkap kesuburan. Pada awalnya pasangan ini ingin menerbitkan panduan ini dalam bentuk fizikal tetapi selepas melihat kepada potensi buku ini dan kesesuaian dengan peredaran zaman maka lahirlah E buku ini yang diberi tajuk Rahsia Mudah Hamil.

Tempahan

P/s : Muat turun laporan mudah hamil secara percuma untuk tempoh yang terhad sahaja.

One Response
  1. July 26, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge