Parti Liberal Demokratik LDP hadapi pergolakan dalaman

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP)  sedang menghadapi pemberontakan dalaman apabila timbalan Presiden Parti tersebut Datuk Chin Su Phin menyokong  Setiausaha Agung Datuk Teo Chee Kang untuk bertanding bagi jawatan tertinggi parti.

Chin berkata, Bahagian Api Api dan Moyog Parti tersebut mengesahkan Teo telah menerima pencalonan  16 daripada 29 bahagian LDP setakat ini.

Chin, yang merupakan Ketua Bahagian LDP Api-Api, berkata bahawa mereka melakukan apa yang ahli-ahli parti mahu dan itulah sebabnya Teo berani untuk bertanding jawatan tertinggi walaupun kedua-dua mereka telah mengundi dalam resolusi Majlis Tertinggi untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti itu.

“Keputusan kita hari ini adalah berdasarkan suara majoriti ahli LDP,” kata Chin pada sidang akhbar bersama dengan Teo.

Liew telah memecat Teo menurut perlembagaan parti LDP atas sebab setiausaha agungnya itu telah melanggar undang-undang dengan mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan presiden.

Beliau berkata, sebagai setiausaha agung, Teo adalah bertanggungjawab untuk mematuhi keputusan Majlis Tertinggi, termasuk mematuhi keputusan tidak bertanding.

Chin berkata Liew perlu bertanya sendiri mengapa bahagian parti banyak mahu bertanding untuk jawatan presiden.

 

 

Sumber : The Star Online

 

P/s : Saya harap semuanya akan berakhir secepat mungkin. Siapa pun yang jadi presiden jangan lupa untuk perjuangkan hak rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge