Edaran percuma – Ebook panduan menjahit tudung

‘Ebook’ percuma panduan jahit tudung

Seorang blogger yang dikenali sebagai Kak Ros berbesar hati untuk berkongsi panduan percuma untuk menjahit tudung sendiri. Panduan tersebut boleh membantu mana-mana individu untuk belajar dan mengasah kemahiran untuk menjahit tudung. Kemahiran tersebut diharap dapat memberi manfaat kepada mana-mana individu yang sanggup berusaha. Siapa tahu diri anda bakal menjadi usahawan tudung terkemuka suatu hari nanti.

Mengapa saya perlu muat turun panduan menjahit tudung ini

Pada zaman sekarang kemahiran adalah sangat penting kerana kemahiran boleh menjana pendapatan dan juga pada masa yang sama dapat menjimatkan wang. Salah satu contoh adalah kemahiran menjahit tudung yang mana jika dilihat harga pasaran tudung adalah di antara RM 10 hingga ke RM300. Bahkan ada juga harga tudung mencecah RM1000. (Nasib baik saya ialah seorang lelaki)

Dengan kemahiran ini, mana-mana individu boleh menghasilkan rekaan tudung mereka sendiri. Siapa tahu rekaan tudung anda boleh dipasarkan dan seterusnya menjana keuntungan kepada diri anda. Anda boleh jahit tudung apa sahaja yang anda mahu seperti tudung Ariani, tudung Adi Juma, tudung Naelofar dan pelbagai jenama tudung yang lain. Anda takkan tahu sekiranya tidak mencuba. Jadi segera dapatkan panduan jahit tudung ini sebelum Kak Ros menarik balik keputusannya itu.

Siapa penulis ‘ebook’ panduan jahit tudung 

Beliau merupakan seorang usahawan berasal dari negeri Kedah yang kini menetap di Bandar Baru Bangi Selangor dan telah berkongsi tips dan panduan menjahit tudung ini sejak tahun 2013 menerusi blognya di http://nashfesyen.blogspot.my/. Sekiranya berminat untuk mengenali beliau boleh berkunjung ke blog beliau atau jika berminat untuk melihat rekaan fesyen tudung Kak Ros boleh lawat kedai online Nash Fesyen. Kak Ros seorang yang pemurah dan sangat tidak lokek berkongsi ilmu.

Di bawah ini adalah sedikit ringkasan mengenai panduan menjahit tudung: 

 

Panduan cara jahit tudung ini diberi dan diedarkan secara percuma oleh seorang blogger iaitu Kak Ros.Ebook Panduan Jahit Tudung

Panduan menjahit tudung ini adalah dalam bentuk buku digital atau dalam bahasa Inggeris e-book.

Buku digital panduan teknik jahit tudung ini perlu dibaca menggunakan komputer atau telefon pintar.

Kandungan ebook ini membolehkan semua orang boleh menjahit tudung sendiri dan dapat menjimatkan wang.

Kak Ros sudi berkongsi panduan jahit tudung ini bagi membolehkan lebih ramai wanita mendapat manfaat daripada panduan tersebut.

‘Ebook’ panduan menjahit tudung ini merupakan kompilasi beberapa panduan seperti di bawah :

Panduan menjahit tudung chiffon 3 layer

Tudung chiffon layer sekarang menjadi pilihan ramai di mana-mana. Kak Ros akan berkongsi panduan kepada cik/puan/tuan/encik yang berminat untuk menjahit tudung chiffon 3 layer untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual. Panduan berikut boleh memberi idea untuk menjahit sendiri tudung tiga layer.

Panduan menjahit shawl half moon

Trend memakai shawl half moon atau selendang separuh bulat menjadi kegilaan anak-anak remaja sekarang. Kak Ros sendiri banyak mendapat permintaan menjahit shawl half moon ini.  Shawl half moon ini mudah dipakai, cantik dan nampak segak dipandang dan sesuai untuk pergi ke majlis-majlis.

Panduan menukar awning tudung yang rosak

Kebiasaannya tudung yang sudah lama dipakai dan tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan awning tudung patah atau rosak. Tudung yang dibeli dengan harga yang mahal dan tidak boleh dipakai tentunya merugikan. Jika kita boleh tukar awning tudung tersebut kita dapat menjimatkan duit. Kak Ros akan tunjukkan bagaimana kita boleh menukarkan semula awning dan menjadikan tudung cantik dan segak dipakai.

Arrow here

P/s : Zaman ini zaman kemahiran. Siapa yang ada kemahiran boleh jadi kaya… 

One Response
  1. February 17, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge