Nama domain itu untuk apa?

Apa itu nama domain?
Domain secara ringkasnya adalah alamat untuk laman web anda. Sebagai contoh, domain bagi laman blog yang sedang dilayari ini adalah http://www.arieon.my. Sebaiknya nama domain kena ringkas dan mudah diingati bagi memudahkan orang ramai datang semula ke blog anda. Carilah nama yang unik tetapi tidak menyukarkan orang ramai untuk mengingati dan menaip nama domain anda ke pelayar internet (web browsser). Ia merupakan satu identiti yang unik untuk anda di internet.

Dimana nak dapatkan nama domain?
Nama domain boleh diperolehi dengan mudah melalui internet. Ada beratus-ratus syarikat yang menawarkan perkhidmatan domain dan sebagai contoh ialah Namesilo.com. Biasanya bayaran adalah menggunakan kad kredit atau Paypal. Tetapi jangan bimbang kerana anda juga boleh membuat bayaran secara bank-in di cawangan Maybank yang paling dekat.

.

Mengapa saya perlu nama domain?
Pada pendapat anda, yang mana satu lebih menarik.

  1. http://www.arieon.my
  2. http://arieon.blogspot.com

Pasti ramai yang menyatakan nombor 1 lebih menarik. Namun ia bergantung kepada keperluan anda. Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza. Ada individu yang membeli domain untuk kelihatan lebih professional. Ada juga yang mendapatkan domain untuk mencuba dan pelbagai lagi sebab yang lain. Tetapi jika anda inginkan kewujudan anda di internet disedari, anda perlu melabur dalam nama domain. Dengan mempunyai nama domain dan laman web ia memberikan kelebihan kepada anda dari segi imej yang nampak professional. Selain itu, dengan mempunyai nama domain anda boleh melindungi hakcipta, tanda dagangan, membina kredibiliti, meningkatkan kesedaran jenama dan kedudukan dalam enjin carian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge