Mr.Bean memeluk agama Islam hanya khabar angin

Rowan Atkinson Watak Mr.Bean
Berita Mr. Bean memeluk agama Islam telah disahkan sebagai palsu oleh ejen terdekat Rowan Atkinson. Berita palsu tersebut telah dikeluarkan oleh laman portal Israellycool.com tanpa bukti yang kukuh dan hanya berdasarkan terjemahan artikel yang dipetik daripada laman web anti-Israel. Dalam berita tersebut ia menyebut Rowan Atkinson telah memeluk agama Islam.Berita ini telah tersebar dengan meluas hingga mendapat perhatian dunia Islam dan juga menjadi ‘Viral’ dalam laman sosial seperti Facebook.

Untuk mendapat kepastian, portal Israellycool telah menghubungi ejen terdekat Rowan Atkinson iaitu Lucy dan disahkan bahawa beliau masih belum memeluk Islam. Pada masa yang sama, tiada sebarang berita yang dikeluarkan oleh portal rasmi media barat. Rowan Atkinson yang terkenal melalui watak Mr. Bean telah beberapa kali menjadi mangsa berita palsu dan yang terakhir ialah berita palsu mengenai kematiannya. Sehingga kini Mr. Bean belum mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa dia sudah memeluk agama Islam.

 

Di bawah ini adalah ‘screencapture’ emel yang telah dihantar oleh Ejen Rowan Atkinson.

Emel ejen Mr.Bean

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge