MH17 terhempas : Siasatan segera akan dilaksanakan

Najib arahkan siasatan segera punca MH17 terhempas

PETALING JAYA: Siasatan segera akan dilaksanakan berhubung kejadian pesawat Malaysia Airlines System MH17, yang ditembak jatuh berhampiran sempadan Ukrain dan Rusia.

“Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas.”

“Kami akan melancarkan siasatan serta-merta,” dalam satu tweet Datuk Seri Najib menerusi akaun twitter beliau sebaik sahaja berita mengenai pesawat MH17 itu terhempas disahkan.

Tweet pertama Najib mengenai pesawat MH17

Pesawat MAS MH17 yang menggunakan pesawat keluaran Boeing 777 itu sedang dalam penerbangan menuju ke Kuala Lumpur selepas berlepas dari Amsterdam, dilaporkan terhempas di Ukrain berhampiran sempadan Rusia.

Terdapat sejumlah 280 penumpang dan 15 anak kapal di atas kapal dan Menteri Dalam Negeri Ukrain sebelum ini mengumumkan bahawa 295 orang dipercayai mati.

Laporan berkata bahawa ia terhempas di kawasan konflik antara tentera pemberontak pro Rusia dengan kerajaan Ukrain berhampiran Donetsk dan ini menjadikan situasi tersebut  menjadi rumit dan turut menyukarkan pasukan keselamatan ke lokasi terhempas pesawat.

Sumber MAS berkata pesawat itu tidak memasuki ruang udara Rusia.

Sumber berkata, pesawat itu “ditembak jatuh” ketika ia berada pada ketinggian 30,000 kaki.

Mas telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka terputus hubungan dengan MH17 dan kali terakhir lokasi pesawat itu diketahui ketika masih dalam ruang udara Ukrain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge