Masalah peperiksaan atas talian Penguasa Kastam W41

Gagal akses peperiksaan atas talian Penguasa Kastam W41

Pada hari ini puluhan ribu orang akan mengambil peperiksaan atas talian bagi jawatan Penguasa Kastam W41. Namun terdapat aduan dan keluhan calon yang tidak dapat mengakses sistem peperiksaan itu dari pagi sehingga ke tengahari ini. Ini menjadikan calon-calon Penguasa Kastam W41 yang pada mulanya bersemangat menjadi tawar hati dan berasa tertekan.
 Pengalaman gagal akses peperiksaan atas talian SPA Penguasa Kastam

Pada asasnya peperiksaan atas talian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ini baik kerana dapat menyelesaikan beberapa masalah dan menjimatkan kos.

Namun persediaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam mengendalikan Peperiksaan atas talian ini dilihat tidak mencukupi. Ini kerana dengan jumlah calon yang cukup ramai, sudah pasti masalah yang berkaitan dengan sistem rangkaian dan talian akan timbul. Sehingga artikel ini ditulis masih ramai orang mengalami masalah untuk mengakses sistem peperiksaan atas talian tersebut.

Sudah hampir beberapa jam namun masalah tersebut nampaknya belum selesai. Paparan skrin masih menunjukkan Menunggu Persediaan Peperiksaan.

Seharusnya dalam Peperiksaan atas talian kali ini, SPA sudah mengenal pasti kelemahan yang berlaku semasa peperiksaan atas talian Penolong Penguasa Kastam pada bulan Ogos 2014 yang lepas dan memperbaikinya.

Buat aduan jika alami masalah akses peperiksaan Penguasa Kastam W41
Sekiranya anda adalah calon yang turut mengalami masalah yang sama, sila buat aduan kepada http://aduanexam.spa.gov.my.

Yang terkini adalah pautan ke laman web SPA.Gov.MY langsung tidak dapat diakses kerana ‘Too much connection’.

Sudah tiba masanya pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menawarkan kekosongan jawatan kepada Pegawai Teknologi Maklumat untuk membantu dalam pengurusan sistem peperiksaan atas talian ini.

P/s : Saya cadangkan peperiksaan bagi Pegawai Teknologi Maklumat adalah mencadangkan penyelesaian kepada masalah sistem peperiksaan atas talian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge