Kewangan : Orang Melayu kurang sedar keperluan insurans

KUALA LUMPUR – Tahap kesedaran di kalangan orang melayu untuk perlindungan insurans perlu ditingkatkan lagi bagi meningkatkan kadar penembusan Takaful Ikhlas, demikian menurut dua penerima anugerah cemerlang syarikat berkenaan.

“Dilihat pada kadar penembusan 12 peratus untuk tahun 2012, kami melihat potensi yang cerah di pasaran yang belum ditembusi iaitu 88 peratus daripada pasaran sasaran Melayu Muslim di Malaysia,” kata Nik Faizal Nik Fauzi, 36, yang mana Al-Faisal Agencynya telah berjaya mengumpul premium RM1.5 juta untuk tempoh 2012/2013, kepada pemberita.

Nik Faizal dari Kelantan yang memegang ijazah senibina dari Universiti Malaya, ialah pemenang untuk anugerah agensi mega Takaful tahun ini.

Sementara itu, Zuraidah Hanim Ibrahim yang memenangi anugerah “Million Dollar Round Table” (MDRT) USA dalam kategori pencapaian peribadi pula menambah, “Orang Melayu merupakan 90 peratus daripada pelanggan saya, dan tahap kesedaran di kalangan orang Melayu terhadap keperluan melindungi diri sendiri dengan insurans masih rendah berbanding kaum lain.”

Diasaskan pada 1927, MDRT ialah Persatuan Profesional Kewangan terkemuka antarabangsa dengan hampir 38,000 profesional perkhidmatan insurans hayat dan kewangan dari lebih 450 syarikat di 79 negara.

Malam anugerah Takaful Ikhlas ialah pada 29 Jun. – Bernama

Sumber : Sinar Harian (25 Jun 2013)

Artikel berita di atas menunjukkan bahawa bangsa bumiputera kurang kesedaran mengenai kepentingan insurans atau takaful. Bangsa bumiputera meletakkan insurans/takaful sebagai sesuatu yang tidak penting dan ada yang menganggap insurans dan takaful itu sesuatu yang merugikan. Kaum bukan bumiputera pula dikatakan mempunya kesedaran yang tinggi mengenai insurans dan takaful.

Adakah kita sanggup menyusahkan sanak saudara kita apabila kita menghidap penyakit? Ramai yang mengatakan tidak ingin menyusahkan sanak saudara tetapi berapa ramai daripada kita yang mengambil langkah untuk mengurangkan beban kewangan kita ketika kita jatuh sakit. Saya yakin daripada 10 orang, tidak sampai separuh yang mengambil langkah untuk mengurangkan beban kewangan kita ketika kita sakit.

Selain itu pernahkah kita terfikir yang duit simpanan kita mungkin terpaksa dikeluarkan apabila kita menghidap penyakit yang memerlukan pembedahan. Ya memang benar Hospital Kerajaan mengenakan caj yang minimum untuk merawat penyakit. Tetapi ini bermakna Hospital Kerajaan juga sangat sesak. Terdapat keadaan di mana pesakit-pesakit terpaksa menunggu untuk ditempatkan di wad kerana wad masih penuh.

Ramai daripada kita ingin meninggalkan harta dan wang yang cukup untuk keluarga kita apabila kita meninggal dunia. Tetapi apakah usaha kita untuk memastikan matlamat kita itu berjaya? Dengan mengambil insurans atau takaful kita sekurang-kurangnya dapat memastikan bahawa waris atau keluarga kita mendapat wang pampasan dengan kadar yang cepat sementara menunggu urusan pengagihan harta mengikut undang-undang yang biasanya mengambil masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge