Kesihatan – Kenapa perut boroi tidak baik untuk kesihatan

Adakah bahagian perut anda mempunyai terlalu banyak lemak? Artikel yang saya cuba kongsikan di sini diharap boleh menjadi motivasi untuk anda mengurangkan lemak di perut. Ini kerana satu kajian baru mendapati bahawa orang dengan perut boroi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat masalah kesihatan.

Penyelidik di Amerika Syarikat mendapati bahawa perut boroi meningkatkan risiko mendapat penyakit kanser dan penyakit jantung. Orang yang mempunyai lemak di perut mempunyai risiko yang lebih besar berbanding dengan orang yang mempunyai jumlah lemak yang sama tetapi di bahagian lain seperti  di paha dan pinggul.

Penyelidikan ini mendapati kehadiran lemak di bahagian perut meningkatkan peratusan meramalkan penyakit kardiovaskular dan menyokong hipotesis bahawa lemak di bahagian perut menjadi penyebab utama kepada penyakit jantung dan kanser.

Kajian ini dilakukan berdasarkan kepada imbasan CT untuk mencari kawasan penggumpulan lemak daripada 3086 subjek kajian dengan purata umur adalah 50 tahun. Hampir 50 peratus daripada subjek ini adalah wanita dan pemantauan dilakukan selama  7 tahun.

Hasil kajian mendapati bahawa seseorang dengan saiz pinggang melebihi 80 cm bagi wanita dan 101 cm untuk lelaki dianggap berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dan kanser.

 

P/s : Kurangkan makanan berkarbohidrat dan makanan manis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge