Mudahnya belajar bahasa Inggeris

Saya yakin anda juga sedar bahawa Bahasa Inggeris amat penting sekarang. Samada anda suka atau tidak pelbagai subjek dalam bidang-bidang kritikal seperti sains, kejuruteraan, perubatan, matematik, ekonomi dan pelbagai subjek lain banyak ditulis dalam bahasa Inggeris. Tanpa kemahiran bahasa Inggeris, pasti anda mengalami kesukaran untuk menambah ilmu terutama sekali jika anda seorang pelajar di Universiti.

Jangan lepaskan peluang belajar Bahasa Inggeris sendiri dengan mudah, dapatkan Buku Fizikal English Itu Mudah – Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia 

Selain itu, banyak tugasan diberikan pensyarah perlu dibuat dalam bahasa Inggeris. Namun ada cara mudah untuk melakukan tugasan dalam bahasa Inggeris ini iaitu dengan mencari individu yang boleh melakukan tugasan tersebut bagi pihak anda dengan kadar bayaran antara RM 50 sehingga RM 500 untuk setiap tugasan bergantung kepada kesukaran tugasan tersebut dan jumlah muka surat. Senang bukan untuk melepasi dan berjaya mendapat segulung ijazah atau diploma.

Dan sekalipun anda berjaya mendapat segulung ijazah atau diploma tanpa penguasaan bahasa Inggeris, anda sekali lagi perlu menghadapi keadaan dimana penguasaan bahasa Inggeris sekali lagi menjadi penghalang anda iaitu semasa mencari kerja. Tahukah anda berapa ramai

graduan yang gagal mendapat kerja kerana penguasaan bahasa Inggeris. Panel penemuduga menggunakan bahasa Inggeris sebagai alat untuk menapis graduan yang memohon kerja. Dan inilah sebabnya mengapa graduan yang menguasai bahasa Inggeris jauh lebih mudah mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan.

Bahasa Inggeris penentu kemajuan kerjaya

Seperti yang dikatakan tadi, penguasaan bahasa Inggeris bakal menentukan samada anda akan diambil kerja oleh majikan. Individu yang mempunyai sijil SPM tetapi fasih menguasai bahasa Inggeris samada pertuturan atau penulisan pasti akan menjadi rebutan. Manakala individu yang mempunyai Ijazah tetapi lemah penguasaan bahasa Inggeris agak sukar ditawarkan kerja. Dan saya yakin sebab itulah ada segelintir graduan masih tidak mendapat kerja.

Jika dilihat orang berbangsa India yang pencapaian akademik mereka tidak berapa baik tetapi fasih berbahasa Inggeris senang maju ke depan berbanding orang Melayu yang belajar sehingga menara gading tetapi segan berbahasa Inggeris kerana tidak fasih.

Kita sering lihat kejadian di mana pekerja berbangsa Cina yang masuk pada hari yang sama dengan pekerja berbangsa Melayu. Mereka mula di dalam satu jabatan dan kilang yang sama dengan jawatan yang juga sama. Selang tidak berapa lama, kawan pekerja Cina meninggalkan rakan pekerja Melayunya dari segi jawatan.

Maka wujudlah kononya isu perkauman berlaku dalam urusan kenaikan pangkat. Pihak pengurusan kilang dituduh memilih bulu untuk kenaikan pangkat sedangkan hakikatnya disebabkan oleh penguasaan Bahasa Inggeris. Dengan kemahiran berbahasa Inggeris sudah pasti anda lebih senang berkomunikasi dengan majikan anda yang kebanyakannya lebih selesa berkomunikasi dengan bahasa Inggeris.

Belajar Bahasa Inggeris membantu kehidupan dan ekonomi anda

Namun begitu, ada banyak juga kejadian yang saya lihat, bukan sebab bangsa. Orang Cina yang bermata sepek dan putih melapak itu naik pangkat bukan sebab rupa paras mereka. Sebaliknya mereka kuasai kerja dan kuasai Bahasa Inggeris dengan baik.

Menguasai bahasa Inggeris dengan baik membantu semua urusan pekerjaan kita. Apatah lagi dunia perniagaan sekarang sudah tidak mempunyai sebarang sempadan. Dunia perniagaan online membuka semua pintu perhubungan perniagaan di seluruh dunia. Dan dunia menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi.

Tony Fernandez suruh belajar Bahasa Inggeris

Ada sekali saya mendengar temuramah di BFM Radio 89.90 bersama Tony Fernandez. Siapa tak kenal orang kuat di dalam jenama Air Asia itu. namanya tersohor sejak dia berjaya membina perniagaan dan jenama Air Asia di seluruh dunia.

Tony Fernandez menjadi usahawan yang beroperasi di seluruh dunia. maknanya dia merupakan usahawan antarabangsa dan terlibat dalam banyak urusan pengambilan pekerja di seluruh dunia. Jadi Bahasa apa agaknya dia gunakan ketika merekrur para pekerjanya?

Anda tentu dapat agak bahawa Tony Fernandez terpaksa menjadikan keupayaan menguasai Bahasa Inggeris sebagai pra-syarat sebelum mengambil seseorang itu bekerja dengannya. Kerana syarikatnya terpaksa berurusan dengan semua bangsa di dunia. Dan mereka semua gunakan Bahasa Inggeris.

Belajar Bahasa Inggeris tanpa disedari

Rasanya anda sudah tahu kepentingan bahasa Inggeris lagi dan saya tidak perlu panjangkan lagi. Samada kita suka atau tidak kita perlu akui bahawa Inggeris penting pada zaman sekarang jika ingin terus maju jaya. Dan sebab itu anda perlu kuasai bahasa Inggeris.

Saya memang suka membaca tidak kiralah samada akhbar, novel atau buku sejak kecil, Dulunya jika ada perkataan yang saya tidak faham saya akan rujuk dalam kamus. Secara perlahan-lahan saya mula mahir membaca artikel dalam bahasa Inggeris tanpa saya sedari.

Pada saya teknik paling mudah untuk mempelajari Bahasa Inggeris ialah dengan membaca bahan bacaan tidak kiralah samada akhbar, novel atau buku yang dibeli. Namun tidak bererti jika membaca tanpa mengetahui maksud sesuatu perkataan itu. Sekarang jika ada perkataan yang saya tidak faham saya akan mencari maknanya menggunakan ‘google translate’. Apabila ditaip perkataan itu dan sekelip mata maknanya akan dipaparkan dalam Bahasa Melayu, Kini lebih mudah bukan. Tidak perlu rujuk kamus.

Belajar bahasa Inggeris itu mudah

Teknologi yang semakin berkembang telah membolehkan segala maklumat mudah didapati daripada internet termasuk mempelajari bahasa Inggeris. Ia tidak terhad kepada mencari makna tetapi juga komputer boleh menyebut perkataan tersebut untuk anda apabila butang suara ditekan.

Sungguh mudah bukan untuk belajar bahasa Inggeris tidak seperti dulu ketika saya belajar perlu ada guru untuk mengajar sebutan yang betul. Kini semua informasi semua di hujung jari. Segala maksud perkataan bahasa Inggeris boleh dicari melalui google translate.

Cuma apa yang perlu diperkukuhkan ialah meningkatkan pengetahuan dalam ‘Grammar’ bahasa Inggeris. Cara yang paling mudah untuk kuasai ‘Grammar’ boleh didapati di Buku Fizikal English Itu Mudah – Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia

Untuk membaca lebih lanjut mengenai tipslain untuk belajar bahasa Inggeris boleh baca di http://www.omni-translation.com/belajar-bahasa-inggeris/

Artikel asal : Mohd Shubhi Abdul

www.pendapatanda.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge