Kelajuan internet Malaysia akan dinaiktaraf 2013

Bermula Oktober 2013, pengguna internet Malaysia  akan menikmati talian internet yang lebih laju selepas kerja naiktaraf selesai. Saya yakin ramai yang gembira dengan berita ini. Ini kerana semakin ramai orang mempunyai akses kepada internet dengan penurunan harga komputer riba dan telefon pintar.  Pakej-pakej yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi juga semakin kompetitif disebabkan oleh persaingan. 


Internet Malaysia akan laju

 

Berikut adalah artikel berita yang dikeluarkan oleh Astro Awani.

[okbox]

KUALA LUMPUR: Pengguna Malaysia bakal menikmati kelajuan internet pada tahap lebih tinggi apabila kapasiti jalur lebar negara dinaiktaraf. Menurut Pengerusi The Malaysia Internet Exchange (MyIX), Chiew Kok Hin, usaha penambahbaikan tersebut merupakan peningkatan 300 peratus dengan kapasiti sedia ada.

Ketika ini, MyIX dalam proses menaiktaraf kapasiti jalur lebar dari 10 Gbps kepada 40 Gbps dan usaha ini bakal siap sepenuhnya menjelang Oktober. Ia bagi menampung keperluan penggunaan internet yang semakin berkembang.

Pada tahun 2006, kadar penggunaan internet ialah 288 Mbps dan sehingga kini, ia meningkat lebih daripada 25,000 Mbps. Kok Hin menyatakan penggunaan telefon pintar dan laman media sosial yang meluas telah meningkatkan kadar penggunaan internet di Malaysia.

Myix yang ditubuhkan pada tahun 2006 bertujuan untuk mengurangkan kesan “boomerang” yang menyebabkan sambungan internet menjadi perlahan. Kewujudan persatuan yang menggabungkan 54 pembekal perkhidmatan internet (ISP) itu turut merendahkan kos bagi pengguna melayari internet.

Sumber: Astro Awani [/okbox]

One Response
  1. July 18, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge