Kangkung kini menjadi trend di laman sosial

Sayur kangkung

Sejak hari Isnin lepas didapati kangkung iaitu sejenis sayuran telah menjadi trend di laman sosial seperti facebook dan twitter. 9 daripada 10 status dalam facebook atau twitter memuat naik status dengan tagline #kangkung. Pelbagai ayat dibina dengan menggunakan perkataan kangkung.Begitu juga dengan imej. Pelbagai imej telah dimuat naik dengan memaparkan kangkung sebagai topik utama. Dan yang terkini ialah video muzik yang telah dimuat naik ke laman youtube.

Bagi yang belum mengetahui mengapa perkataan kangkung menjadi hangat di laman sosial ia berkaitan dengan ucapan Perdana Menteri Najib Razak yang mengumumkan harga sayur kangkung kini sudah turun ketika berucap di Kemaman Terengganu. Dalam ucapan itu juga, Datuk Seri Najib juga melahirkan rasa terkilan kerana rakyat tidak bersyukur dengan penurunan harga kangkung tersebut dan terus menerus menyalahkan kerajaan. Pada masa ini, rakyat mungkin agak sensitif kerana berdepan dengan kenaikan kos sara hidup dan mengakibatkan rakyat memberi respon dengan menggunakan perkataan kangkung.

Pengguna laman sosial banyak yang mencemuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan kenyataannya dalam satu majlis mengenai harga kangkung yang turun di pasaran tetapi rakyat tidak berterima kasih. Ucapan PM Najib dalam sebuah video yang dimuat naik pada 12 Januari 2014 mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.

“Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil,” kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.

P/s : Diharapkan kerajaan akan dapat melihat kepada kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat di Malaysia dan seterusnya mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge