Kakitangan Pejabat Daerah dan LHDN tertekan kerana BR1M 3.0

Pejabat daerah diserbu kerana BR1M 3.0

NOTIS BR1M

Beribu-ribu orang yang belum mendapat bantuan BR1M 3.0 telah menyerbu pejabat daerah di seluruh Sabah. Tidak terkecuali juga pejabat Lembaga Hasil dalam Negeri. Ini mengakibatkan kakitangan pejabat daerah tertekan kerana perlu memberi kerjasama dan menjawab pertanyaan mengenai BR1M 3.0 walaupun notis telah ditampal memaklumkan bahawa senarai nama penerima BR1M 3.0 belum diterima oleh pejabat daerah.

Jika dahulu senarai penerima BR1M 2.0 dimuat naik ke laman web oleh kerajaan negeri Sabah dan membolehkan pemohon BR1M 2.0 membuat semakan melalui internet dari rumah mereka tanpa perlu bersusah payah ke pejabat daerah. Tetapi kini pemohon terpaksa membuat semakan melalui panggilan telefon bagi mengetahui status BR1M 3.0 mereka.

Semua pemohon BR1M 3.0 yang belum menerima bantuan diminta terus bersabar kerana tempoh masa pemberian bantuan rakyat 1 Malaysia itu adalah berperingkat bermula 22 Februari 2014 sehingga 15 Mac 2014.Bagi penerima BR1M 3.0 yang tidak menerima bantuan melalui akaun bank secara terus, penerima akan menerima bantuan dalam bentuk baucer sama seperti dua tahun sebelum ini.

Diharapkan untuk BR1M 4.0 pada tahun 2015 bagi bajet 2015, semua pemohon dapat mengisi dan memberikan maklumat mengenai nombor akaun bank masing-masing agar bayaran bantuan dapat diterima dengan lebih cepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge