Kaki pancing perlu ada lesen untuk memancing tahun 2015

Tahun 2015 kaki pancing perlu ada lesen memancing

Dalam satu kenyataan rasmi Jabatan Perikanan Malaysia, satu peraturan baharu akan dilaksanakan pada tahun 2015 iaitu kaki pancing perlu mendapatkan lesen memancing. Tujuan pelesenan untuk kaki pancing ini adalah untuk mengawal populasi ikan yang semakin berkurangan dan juga mengelakkan kegiatan yang melanggar undang-undang seperti pengeboman ikan.

Bagi mana-mana kaki pancing yang gagal mendapatkan lesen memancing akan dikenakan denda RM 500 bagi kesalahan pertama, kedua dan ketiga. Kesalahan kali keempat akan mengakibatkan kaki pancing boleh dibicarakan di mahkamah.

Menurut Jabatan Perikanan, peraturan tersebut telah dikaji selama 12 tahun dan akan diwartakan pada 2015 setelah diluluskan oleh Lembaga perlesenan dan Majlis Perundangan Negara.

Objektif Utama Peraturan Lesen Memancing Tahun 2015

Objektif utama bagi pelaksanaan peraturan lesen memancing tahun bermula tahun 2015 adalah untuk membangunkan sumber perikanan dan pada masa yang sama menaik taraf sukan rekreasi memancing di lautan. Peraturan lesen memancing ini juga dapat mengelakkan kegiatan yang melanggar undang-undang dan juga mengawal populasi spesis ikan dapat dikawal.

Kadar Caj Lesen Memancing Tahun 2015

Kadar caj bagi lesen memancing bermula pada tahun 2015 dicadangkan pada kadar RM 10 setahun bagi setiap orang pemancing. Setiap pemancing akan dibekalkan satu buku log bagi merekodkan maklumat hasil tangkapan ikan di lautan.

Pekeliling Cadangan Lesen Memancing Oleh Jabatan Perikanan Malaysia

Difahamkan, peraturan lesen memancing oleh Jabatan Perikanan telah diwartakan sejak 27 November 2014 dan dijangka akan dibentangkan pada tahun 2015 untuk mendapat kelulusan sebelum ianya dikuatkuasakan diseluruh negara. Taklimat mengenai peraturan baru pelesenan memancing 2015 juga telah dimaklumkan kepada persatuan pemancing di setiap negeri.

kesalahan-dan-penalti lesen memancing

jemputan taklimat lesen memancing 2015

One Response
  1. December 17, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge