Jemput rezeki dengan kuih dan kek

Jemput rezeki dengan resipi kuih dan kek

Setiap pagi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, saya akan singgah sebentar ke sebuah kantin yang berhampiran dengan tempat saya menjemput rezeki. Saya biasanya akan bersarapan ringan di kantin tersebut. Juadah hidangan yang dihidangkan di kantin tersebut boleh dikatakan menarik selera. Ini membuatkan kantin tersebut sentiasa dipenuhi oleh pelajar dan kakitangan. Kapasiti kantin tersebut saya anggarkan dalam 40 kerusi.

Panduan buat kuih tart untuk jemput rezeki

Di satu bahagian terdapat beberapa jenis kuih yang dipamerkan untuk dipilih oleh pengunjung kantin. Kebiasaannya mungkin dalam 3 ke 4 jenis kuih dipamerkan.

Selama saya berkunjung ke kantin tersebut ada beberapa kali juga saya mengambil kuih-kuih tersebut untuk dijadikan santapan pagi mengisi perut yang berkeroncong. Kuih-kuih tersebut memang agak sedap dan manis berpatutan. Pada kebanyakan masa kuih tersebut akan habis dijual.

Saya dapati pengusaha kantin tersebut tidak pernah buat satu pun kuih muih yang dijualnya. Pengusaha tersebut mendapatkan kuihnya daripada usahawan kuih yang berani datang berjumpa dengannya untuk menumpang letak kuih di kantinnya. Ini kerana pengusaha kantin itu sedar bahawa membuat kuih itu bukan kepakarannya.

Panduan dan Resipi kek dan kuih untuk dicuba
Sekiranya tidak pernah mencuba membuat kuih atau kek boleh mula mencuba sekarang. Tiada siapa tahu bakat yang terpendam jika tidak diterokai. Sekiranya tidak pasti atau belum ada resipi boleh cuba resipi dan panduan membuat kek dan kuih yang saya senaraikan di bawah.

Panduan Perniagaan Cupcake
Sensasi Kek Coklat
Panduan Buat Tart
CD Biskut Bajet
CD Panduan Buat Muruku
CD Buat Cookies
DVD Kek Kukus

Panduan dan resipi yang disenaraikan di atas telah pun teruji dan diuji oleh ramai orang. Ramai yang tidak sangka bahawa kek dan kuih yang dibuat menggunakan resipi di atas sangat sedap.

Cari peluang untuk berjaya
Sebenarnya peluang perniagaan perlu dicari. Peluang itu tidak akan datang bergolek ke hadapan kita tanpa kita berusaha. Setiap hari biasakan diri untuk melihat persekitaran dan analisis persekitaran untuk mencari peluang. Peluang itu wujud dalam pelbagai bentuk. Ia terpulang kepada individu itu bagaimana dia melihat peluang itu boleh mendatangkan duit.

Mencuba untuk berjaya
Ada seorang rakan saya yang telah berjaya membuka sebuah kedai apam polkadot. Pada awalnya dia sekadar membuat apam secara suka-suka . Seterusnya dia cuba menjualnya kepada saudara mara dan rakan-rakannya. Siapa sangka rakan-rakan sangat suka apamnya dan seterusnya dipromosi dari mulut ke mulut. Dari sana hasil jualan semakin meningkat hari demi hari. Dan akhirnya beliau berjaya membuka kedai apamnya dalam masa setahun. Namun beliau tidak berhenti mencuba dengan resipi baru. Setiap bulan beliau akan mencuba mempelbagaikan produk jualannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge