Jehan Miskin dikutuk kerana loket menyamai bentuk Salib

Peminat Jehan Miskin bertelagah sesama sendiri kerana sekeping gambar yang Jehan Miskin kongsi bersama di dalam laman sosial Instagram. Pelbagai respon diterima olehnya kerana gambar tersebut dan ada yang melepaskan kata-kata nista kepadanya selain daripada mengatakan Jehan Miskin seorang yang cetek agama kerana memakai rantai yang didakwa salah bagi seorang lelaki Islam memakai rantai.

 

Jehan Miskin dan Loket Pengakap

 

Jehan Miskin telah berulang kali cuba memberi penjelasan mengenai gambar tersebut bagi memperbetulkan salah tanggapan peminatnya. Menurutnya loket yang dipakainya berbentuk tiga kelopak mirip lambang persekutuan Pengakap dan bukan lambang salib namun peminatnya masih tidak dapat menerimanya.

Kepada peminat Jehan Miskin yang terlalu sensitif dia bertegas yang dia masih waras dan tahu menilai perkara yang ditegah agama. Dia mengatakan dia dilahirkan sebagai Islam dan masih berpegang teguh kepada Islam dan menurut pengetahuannya lelaki cuma diharamkan memakai emas dan rantai yang dipakai itu bukan emas.

Kronologi isu gambar Jehan Miskin yang dikatakan memakai rantai berloketkan salib

[ssticklist]

  • Selepas gambar tersebut dikongsi ia menerima kritikan daripada peminatnya.
  • Dia memberi respon kepada kritikan tersebut melalui laman sosial Facebook miliknya bagi membetulkan salah faham tersebut.
  • Tidak lama bibit-bibit pergaduhan timbul di kalangan peminat. Ada yang menyokong Jehan dan ada yang mengutuknya.
  • Jehan menjadi bingung dan putus asa bagi mempertahankan kenyataannya.
  • Memberi kenyataan segelintir pihak yang mengutuknya dengan kata-kata kurang sopan tidak rasional dan menurut emosi.
  • Ada komen dari peminat disembunyikan dari tatapan umum kerana sensitif dan kurang bernas.
  • Sedih dengan keadaan tersebut.
  • Mendiamkan diri dan tidak ingin terus bertikam lidah dengan peminatnya bagi mengelakkan keadaan di luar jangka.

[/ssticklist]

 

 

[ideabox]
Sejak akhir-akhir ini, saya tengok masyarakat kita terlalu sensitif, sedangkan benda itu mudah saja. Kalau kita selidik dulu, mungkin takkan berlaku pertelingkahan sebegini. Saya pula hanya menjawab komen untuk memperbetulkan salah faham. Saya tidak marahkan pihak terbabit, cuma apabila saya membuat kenyataan balas, ada lagi yang mengatakan loket itu sebagai salib. Jadi, saya membalasnya semula untuk memberikan penjelasan sama. Saya tidak menyangka lain pula jadinya, katanya.
[/ideabox]

 

Tujuannya memuat naik gambar itu pula hanyalah sekadar berkongsi dengan peminat mengenai koleksi terbaru aksesori yang diminatinya itu.

One Response
  1. August 27, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge