Jangan tukar nama pengguna di media sosial

Jangan tukar nama pengguna di media sosial sebelum baca ini

Pagi Sabtu yang lepas adalah hari yang indah dan saya mengambil keputusan untuk menukar nama pengguna saya di laman sosial Twitter dan Instagram. Ia sesuatu yang telah lama saya fikirkan bagi menjenamakan nama saya sendiri.

Sejujurnya saya tidak pernah menyangka yang tindakan saya menukar nama pengguna di laman sosial Instagram dan Twitter telah menyebabkan saya menghabiskan masa hujung minggu saya untuk mengatasinya.

Realitinya menukar nama pengguna tidak sesukar manapun. Sesiapa saja pun boleh melakukannya. Oleh sebab ia tidak sukar maka saya tidak pernah menulis artikel mengenai topic tersebut.

Namun selepas mencubanya sendiri, saya sedar kesukaran itu wujud selepas penukaran nama pengguna berlaku dan bukannya ketika menukar nama pengguna.

Ia hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk menukar nama pengguna tetapi ia bergantung kepada kelajuan internet anda serta samada Instagram ketika itu mengalami gangguan perkhidmatan atau tidak.

Saya cuba mencari nama pengguna yang boleh didapati di kedua-dua Twitter dan Instagram agar ia konsisten dan dapat meningkatkan jenama nama saya sekiranya saya bernasib baik. Ia sangat mudah.

Namun selepas proses menukar nama tersebut merupakan perkara yang sukar dan anda perlu berhati-hati. Jangan jadi seperti saya untuk belajar dengan cara sukar.

  1. JIka akaun lama anda sangat aktif dan telah lama digunakan maka banyak kandungan yang telah wujud akan menghubungkan laman yang tidak wujud lagi.
  2. Sebaik sahaja nama pengguna anda ditukar, nama pengguna yang lama akan ke halaman kosong atau ralat menyatakan nama pengguna tidak wujud.
  3. Ia berlaku serta merta.
  4. Orang lain mungkin akan menggunakan nama pengguna anda yang lama dan pautan anda yang lama merujuk kepada orang lain.

Saya sarankan untuk berhati-hati ketika mencari kandungan yang dipautkan dengan profail media social anda.

Dalam kes saya ialah blog saya sendiri. Ia merupakan satu proses yang memenatkan dan membosankan kerana terpaksa membuat  pembetulan di setiap artikel yang saya pautkan ke Twitter dan Instagram saya.

Selain itu semua widget untuk perkongsian dan pautan media social di blog perlu dikemasikini bagi menghubungkan ke nama pengguna baru. Ia tidak mengambil masa yang lama.

Jika anda juga merupakan penulis blog guest dan telah menyumbangkan artikel ke pelbagai blog dan laman web lain maka anda perlu menghubungi pentadbir laman web tersebut untuk mengemaskini maklumat.

Change-username-social-media

Dan jika anda seperti saya yang menggunakan profil media sosial dalam tandatangan emel maka ia perlu dikemaskini juga.

Sekiranya anda mempunyai kad perniagaan,risalah atau produk promosi yang menyatakan profil media sosial nama pengguna yang lama ia juga perlu diganti dengan yang baru bagi memudahkan bakal pelanggan mencari anda di laman media sosial.

Setelah menghabiskan masa hujung minggu saya untuk membuat kemaskini artikel dan pautan saya akhirnya berjaya menyelesaikannya.

Sila pertimbangkan perkara yang telah disebutkan di sini sekiranya anda merancang untuk menukar nama pengguna di mana-mana media sosial. Dan pastikan anda mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukannya.

Sebelum bermula, adalah lebih baik jika anda menyediakan satu senarai laman web, forum dan sebagainya yang mempunyai pautan ke nama pengguna anda dan juga akaun anda. Ini dapat membantu anda mengatasi masalah yang timbul selepas menukar nama pengguna.

Apakah anda pernah melalui pengalaman ini? Dan apakah pengajaran yang anda perolehi sewaktu menukar nama pengguna anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge