Info Kecantikan – Kenali Jenis Krim Muka

Pada hari ini saya nak kongsi pengetahuan mengenai krim BB,CC dan DD.Jika ko seorang lelaki ko mesti tidak tau kan…(Kebanyakannya la) Ngehehehe… Tidak dinafikan ada juga lelaki yang tau maksud BB krim dan sebagainya.. Sebenarnya sa pun nda tau mengenai perbezaan antara ketiga-tiga krim ini. Sa cuma selalu nampak BB krim manakala yang CC krim dan DD krim jarang sa nampak. Kerana sifat ingin tahu saya, maka saya cuba tanya dengan uncle “GOOGLE”. Uncle G ni sangat banyak ilmu. Jika perlu apa-apa cuba tanya uncle G ini.


Cream Type

Cream Type

Berbalik kepada topik yang sa cuba sampaikan ni ari ketiga-tiga BB,CC dan DD ialah krim muka yang mampu memberi kelembapan kepada kulit serta melindungi cela di wajah. Tapi tentu ada perbezaannya bukan?

Di bawah ini sa cuba kongsikan ilmu yang sa dapat hasil carian dengan uncle G.

[tabgroup][tab title=”Pelembap berwarna” id=”1″]Pelembap berwarna merupakan pilihan sesuai untuk wanita yang sukakan asas solekan ringan. Produk ini akan menyerlahkan kulit anda dengan formula sedikit berwarna kepada pelembap. Ia memberi litupan sederhana pada kulit normal. Mereka yang mengalami masalah kulit berminyak tidak digalakkan mengguna pelembap berwarna ini kerana muka akan kelihatan semakin berkilat serta tidak mampu menutup keseluruhan cela pada wajah. [/tab][tab title=”Krim BB” id=”2″]Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, krim BB atau ‘Blemish Balm’ adalah produk paling popular dalam kalangan masyarakat Asia. Krim BB berfungsi sebagai litupan bedak asas yang mengandungi SPF dan antioksidan. Teksturnya lebih ringan berbanding bedak asas biasa dan mewah daripada pelembap berwarna. [/tab] [tab title=”Krim CC” id=”3″]CC atau ‘Colour Correcting’ membantu menghasilkan ton kulit sekata dan sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai masalah kulit seperti kemerahan, kusam dan pucat. Perbezaan antara BB dan CC ini ialah krim BB lebih memberi tumpuan kepada masalah cela. Krim ini lebih ringan berbanding BB dan kulit akan menjadi lebih cerah dan lembut setelah diaplikasikan pada wajah. [/tab][tab title=”Krim DD” id=”4″]’Daily Defense’ atau DD merupakan kombinasi BB dan CC. Penganalisis industri komestik dunia meramalkan krim DD bukan sahaja boleh digunakan untuk wajah tetapi merangkumi penjagaan tubuh dan kaki. Krim ini kaya dengan lembapan dan bertindak sebagai pelembap ekstra pada tubuh.[/tab][/tabgroup]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge