Iklan AirAsia mengutuk jururawat

Iklan AirAsia mengutuk jururawat

P/s : Agak-agakla kalau nak buat iklan tu. Jangan sampai bagi sakit hati sesiapa pun. Setiap kita mempunyai tanggungjawab masing-masing dan tidak perlu mengutuk keseluruhan profession tersebut.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) hari ini melahirkan kekecewaan dengan tindakan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia kerana memaparkan iklan bagi perkhidmatan insurans yang dikatakan memburukkan imej jururawat di negara.

Iklan AirAsia berkaitan jururawat

Sumber : Yahoo.com

Presiden MMA, Datuk Dr N K S Tharmaseelan berkata, iklan tersebut secara tidak langsung memberi tanggapan tidak baik terhadap industri perubatan kepada penumpang yang menaiki kapal terbang tersebut.
“Iklan itu seperti membuat tuduhan tidak benar dan bersikap angkuh. Ia membuktikan bahawa perbuatan kurang peka terhadap sesuatu isu yang boleh menyebabkan kebencian.

“Malah ia juga dilihat merendahkan sesuatu profesion dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Iklan yang tertulis “You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses atau “anda mahu ibu kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang teruk” adalah iklan syarikat insurans Tune yang menawarkan perkhidmatan mereka kepada penumpang AirAsia.

Ia dipaparkan pada setiap bahagian belakang tempat duduk penumpang dalam kapal terbang AirAsia.
Katanya, iklan tersebut juga menunjukkan kurangnya pemahaman mengenai peranan jururawat apabila mereka sedaya upaya memberi usaha terbaik menjaga pesakit siang atau malam.

Menurut Tharmaseelan, apa yang membimbangkan apabila AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa dengan penumpang dan laluannya meliputi serata dunia akan memberi gambaran bahawa jururawat di Malaysia adalah teruk.

“Adalah tidak adil apabila AirAsia meluluskan iklan tersebut. Mereka sepatutnya lebih peka dan tidak menerima sebarang iklan secara membuta tuli yang ditawarkan agensi tanpa memahami terlebih dahulu,” katanya.

Justeru, katanya MMA menggesa agar syarikat penerbangan itu segera bertindak menurunkan iklan tersebut dan turut meminta maaf secara terbuka kepada semua jururawat di negara ini.

“Saya berharap AirAsia akan menarik kembali iklan itu dan mereka juga perlu meminta maaf kepada jururawat di Malaysia atas perbuatan mereka,” katanya. – 26 Februari, 2014.

Sumber : Yahoo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge