Gempa bumi di Ranau Sabah

Satu gempa bumi berskala 4.8 richter telah berlaku di Ranau Sabah sekitar 7.38 petang tadi.Gempa bumi ini dirasai di beberapa kawasan dan membuatkan penduduk yang tinggal di kawasan Ranau, Inanam dan Tuaran mendakwa merasai gegaran tersebut. Gegaran tersebut menyebabkan beberapa penduduk membuat komen di laman FB Jabatan Meteorologi Malaysia bagi mendapatkan pengesahan. Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengesahkan satu gempa bumi telah berlaku dan dipercayai berpusat dari 16 Km arah Timur Laut Ranau Sabah.

Untuk rekod gempa bumi pernah berlaku beberapa kali di Ranau sejak tahun 1980-an.

Berikut adalah kenyataan rasmi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia

Kenyataan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge