Domain murah dengan Privacy Protection

Domain murah dengan Privacy Protection

Promosi Domain termurah bagi bulan Februari dan Mac 2014 kini kembali dengan memberikan harga yang terbaik iaitu kurang daripada RM 30.Penjimatan sebanyak RM 5 daripada pesaing-pesaing yang ada. Ya saya tahu ada webhosting yang memberikan domain secara percuma. Tetapi kebanyakannya memerlukan anda mempunyai akaun webhosting. Bagaimana jika anda perlukan domain sahaja dan menggunakan blogspot sebagai webhosting anda. Lebih penjimatan bukan.

Jika laman web anda masih baru anda tak perlukan webhosting dengan webspace yang sangat besar. Ini kerana anda akan rugi membayar webspace yang besar tetapi tidak digunakan. Oleh itu lebih baik gunakan sahaja blogspot sebagai webhosting anda dan menggunakan domain sendiri.Dengan itu hanya perlu membayar kos domain.

Name silo domain murah percuma privacy protection

Nanti dulu, saya tahu semua orang sukakan sesuatu yang percuma. Bagaimana jika harga ini termasuk kos perkhidmatan Privacy Protection yang diberikan secara percuma pada harga tersebut.Bagi yang belum tahu apa itu privacy protection boleh terus membaca sehingga habis. Jika sudah tahu apa itu privacy protection anggaplah penerangan di bawah ini sekadar untuk mengingatkan anda semula apa itu privacy protection.

Kenapa perlu Privacy Protection?

  • Apabila anda membeli nama domain, anda perlu memberikan maklumat lengkap tentang anda atau tidak, pendaftaran anda akan dibatalkan kerana melanggar syarat.
  • Maklumat ini mestilah boleh dipaparkan untuk makluman umum melalui pangkalan data WHOIS seperti yang telah ditetapkan ICANN (badan antarabangsa yang mengawal nama domain seluruh dunia).
  • Setiap hari, maklumat ini akan disedut oleh spammer atau sesiapa sahaja yang inginkan maklumat ini. Oleh kerana ianya boleh dilihat umum, ia boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
  • Dengan adanya Privacy Protection ini, ia memastikan maklumat peribadi anda tidak dipaparkan dan akan digantikan dengan maklumat alternatif lain.

Macamana ia berfungsi?

  • Apabila anda mengaktifkan Privacy Protection pada domain anda, kami akan menggantikan maklumat peribadi anda dengan maklumat palsu supaya apabila seseorang membuat WHOIS query pada domain anda, maklumat palsu ini akan terpapar.
  • Anda tetap pemilik penuh kepada domain terbabit dan maklumat asal anda selamat degan kami.
  • Apabila ada yang cuba menghubungi anda menggunakan email atau nombor telefon palsu ini, ianya akan diterus dibawa ke borang hubungi tapi sebarang email yang dihantar akan disekat secara automatik.
  • Privacy Protection boleh diaktifkan/dinyahaktifkan pada bila-bila masa dan ianya diberikan kepada anda secara PERCUMA.

Banyak pendaftar domain yang tidak memberikan perkhidmatan Privacy protection ini secara percuma. Kos untuk perkhidmatan privacy protection ini sekurang-kurangnya ialah RM 12.90 jika dibeli berasingan. Oleh itu anda sebenarnya untung kerana membeli domain dengan harga yang lebih murah tetapi dengan privacy protection.

Walaubagaimanapun harga promosi ini hanya terhad kepada domain
.com
.org
.co
.biz
.info
.me
.net

Dapatkan harga diskaun dengan menggunakan kod diskaun ini.
DISCOUNT2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge