Doa untuk keselamatan pesawat MH192

Satu lagi kapal terbang MAS mendarat cemas

PETALING JAYA: Satu lagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan ke Bengaluru (Bangalore) terpaksa membuat pusingan balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada awal pagi Isnin.

MAS dalam tweet mereka menyatakan pesawat Boeing 737-200 tersebut terpaksa membuat pendaratan kecemasan pada 01:56, selepas tayar pendaratan sebelah kanan pecah semasa berlepas.

Pesawat MAS MH192

Sebelum itu, MAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa Penerbangan MH192, yang berlepas dari KLIA pada 22:09 ke Bengaluru, terpaksa membuat pusingan balik.

Ia dijadualkan tiba di Bengaluru, India, pada 11.35 malam hari yang sama.

Pesawat itu membawa sejumlah 166 orang, termasuk 159 penumpang dan tujuh anak kapal.

Cubaan pertama pesawat tersebut untuk mendarat telah gagal dan juruterbang membuat keputusan untuk terbang semula bagi mengosongkan tangki minyak bagi memudahkan pendaratan dan pesawat kemudian berpusing-pusing di udara selama empat jam bagi mengosongkan tangki minyak.

Tujuan mengosongkan tangki minyak adalah untuk mengelakkan situasi dimana berlaku kebakaran jika pesawat gagal mendarat dengan baik. Ini kerana minyak jet adalah minyak yang mudah meruap dan kebakaran besar boleh berlaku sekelip mata.

Jadual penerbangan MH192 telah ditetapkan semula untuk berlepas dari KLIA pada pukul 3.30 petang Isnin dan tiba di Bengaluru pada jam 5.00 petang hari yang sama.

Sebahagian penumpang ditempatkan di Hotel Everly di sini, buat sementara waktu dan mereka akan dijemput oleh pihak MAS pada jam 1 petang ini, sebelum berangkat menaiki penerbangan khas ke Bangalore pada jam 3 petang ini.

Sumber : Thestaronline

P/S Doa untuk keselamatan pesawat MH192

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge