Dibutakan oleh kekotoran diri sendiri

Women look over the window

Women look over the window

Sepasang suami isteri baru berpindah ke sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melihat dari cermin jendelanya seorang jirannya yang sedang menjemur kain…. “Cuciannya kelihatan kurang bersih”, kata si isteri kepada suaminya.”Barangkali dia tidak tahu cara mencuci pakaian dengan betul, atau sabun yang dipakainya murah…” katanya lagi sambil tersengih. Si suami menoleh, tetapi hanya diam & tidak memberi sebarang komen..
Setiap kali jirannya menjemur pakaian, si isteri selalu saja memberikan komen yang sama perihal jirannya yang tidak tahu mencuci pakaian. Seminggu berlalu, si isteri merasa hairan melihat pakaian yang dijemur oleh jirannya kelihatan bersih. Dengan sinis, beliau berkata kepada suaminya.. ” waaah, jiran kita sudah pandai membersihkan pakaian. Ntah, siapalah yang telah mengajarkannya…?.

Si suami menoleh dan berkata, “Saya baru sahaja membersihkan cermin jendela kita”…

[ideabox]
Mesej:

Apa yang kita lihat ketika menilai orang lain bergantung kepada kejernihan (tingkap) fikiran kita. Andai hati kita memang sentiasa kotor, apapun yg org lain buat kita sentiasa nampak kotor/ tidak betul, tetapi sekiranya hati kita bersih, kita pasti melihat dari aspek positif apa yang ada pada org lain.. Kita buta kerana kekotoran yg sentiasa ada pada diri sendiri.[/ideabox]

 

Sumber : Facebook Alex Bin Pailis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge