Contoh resume kerja terbaik yang menarik minat

Resume kerja terbaik yang menarik menjadi viral

Baru-baru ini satu resume kerja telah menjadi viral di internet disebabkan  resume kerja tersebut dikatakan terbaik dan sangat menarik minat. Ciri-ciri resume tersebut adalah ringkas dan padat kerana hanya mempunyai 2 helai mukasurat sahaja tetapi sarat dengan maklumat. Ini membuat seorang jurutera sangat terpukau dengan resume kerja individu tersebut.

Bagaimana resume individu tersebut menjadi viral?

Resume kerja yang memukau tersebut telah dikirimkan oleh seorang pemuda bagi memohon jawatan sebagai jurutera ke sebuah firma. Namun nasib belum menyebelahi individu tersebut kerana firma tersebut belum membuat pengambilan pekerja baharu. Oleh kerana pemilik firma tersebut sangat kagum dan terpukau dengan resume kerja individu tersebut maka beliau berkongsi resume individu tersebut di akaun Facebook miliknya. Selepas resume tersebut dikongsi di media sosial, ia telah menjadi viral  sepantas kilat. Pemilik firma tersebut bukan sahaja memuat naik resume kerja individu tersebut bahkan turut memberikan komen beliau mengenai betapa baiknya resume tersebut.

 

Rahsia resume terbaik yang menarik minat

Di bawah ini merupakan petikan komen pemilik firma tersebut yang memberikan pandangan beliau mengenai bagusnya resume tersebut.
SOFT SKILLS
Kejap tadi saya dapat email minta kerja daripada saudara Asyraf. Firma saya tak buat job opening sekarang.
Namun, saya suka share di sini resume beliau yang saya anggap menepati ciri-ciri ‘mini skirt’ resume bagi seseorang fresh graduate.
Resume beliau 2 muka surat sahaja. Saya nak baca pun tak mengambil masa yang lama. Line spacing semacam 1.5 atau 2 pt yang memudahkan mata saya menghadam maklumat diri beliau.
Gambar beliau yang ‘smart’ sesuai dengan jawatan jurutera yang dipohonnya. Markah paling tinggi pada senyumannya.
Muka surat pertama sarat dengan maklumat akademik dan pengalaman kerja. Maklumat yang amat relevan bagi memikat majikan.
Pada 3/4 muka surat kedua pula, disaratkan dengan ‘achievement’ beliau semasa di universiti. Maklumat ini membantu meningkatkan keyakinan majikan terhadap tahap ‘reliabilty’ beliau jika diberikan sesuatu tugasan. Maklumat ini memberikan gambaran bahawa beliau boleh bekerja dengan pengawasan yang minima. (Muka surat kedua dalam ruangan komen…sila skrol).
Bagi seseorang yang memohon jawatan eksekutif seperti jurutera, maklumat berkenaan skills sebenarnya tidak menjadi fokus utama majikan. Skills akan diajar atau boleh dipelajari semasa bekerja.
Kepada saudara Asyraf, saya doakan anda akan mendapat pekerjaan yang terbaik untuk anda. Kepada rakan-rakan yang nak ‘try’ saudara Asyraf, boleh hubungi beliau terus.
Good luck Asyraf!
Di bawah ini admin arieon.my turut kongsikan kepada anda resume beliau yang begitu memukau dan telah menjadi viral.
Resume kerja terbaik yang memukau (1) Resume kerja terbaik yang memukau (1)

 

Setelah resume individu tersebut menjadi viral, beliau telah dipanggil untuk 2 ke 3 temuduga. Mudah-mudahan individu tersebut  akan mendapat kerja tidak lama lagi.

 

Seperti yang admin arieon.my pernah kongsikan dalam artikel ini 7 Kesilapan Besar Buat Resume Kerja Nampak Kolot, bakal majikan hanya perlukan beberapa saat untuk menentukan samada resume kerja pemohon bernilai atau tidak. Oleh itu, bakal pencari kerja perlu memastikan bahawa resume mereka perlu ringkas dan padat sama seperti resume terbaik yang menjadi viral di atas yang ringkas dan sarat dengan maklumat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge